Permohonan Pertukaran Guru Egtukar KPM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Pertukaran Guru Egtukar KPM 2012 1
e-Gtukar

Pertukaran Guru menerusi e-Gtukar untuk kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM bagi tahun 2012 dibuka lagi bagi memberi peluang kepada kakitangan pendidikan untuk memohon pertukaran ke negeri pilihan masing-masing. Permohonan pertukaran atau perpindahan ini menjadi sambutan hampir setiap tahun ianya dibuka iaitu dibuka 2 kali setahun iaitu permohonannya dibuka setiap kali bulan april dan juga september.

Keputusan pertukaran atau perpindahan guru menerusi e-Gtukar ini kebiasaanya akan dikeluarkan pada Mei dan juga November setiap tahun.

Info Tambahan :  Industri Halal: 8 Universiti dan Kolej Tawaran

Permohonan e-Gtukar Sesi Jun 2012

Untuk kali ini, permohonan pertukaran guru untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Permohonan boleh dibuat menerusi sistem e-Gtukar yang telahpun dibuka pada 1 April 2012

[box type=”info” size=”medium” style=”rounded”]e-Gtukar Permohonan Pertukaran Guru 2012 Sesi JUN 2012[/box]

Sila klik pada pautan diatas untuk mula memohon, pastikan sebaiknya menggunakan pelayar Internet Explorer untuk memudahkan serta sesuai dengan sistem e-Gtukar yang ada.

Keputusan Permohonan Pertukaran e-Gtukar KPM sesi JUN 2012

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

Pengguna Kali Pertama/ Permohonan Pertama e-Gtukar

Sistem e-Gtukar ini memerlukan pendaftaran untuk memohon. Pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja dan untuk tahun berikutnya hanya perlu kemaskini maklumat dan hantar permohonan. Bagaimana cara untuk mendaftar? Untuk mendaftar bolehlah merujuk maklumat xpresi sebelum ini Cara Daftar di e-Gtukar Permohonan Perpindahan Guru.

Kepada Pemohon yang sentiasa bersemangat dan mencuba setiap tahun, berusahalah.. Mungkin suatu hari nanti ada peluang dibuka dan permohonan berpindah diterima. Mungkin setiap permohonan mempunyai cerita sendiri dan masalah masing-masing. Diharapkan permohonan anda semua diterima seterusnya menjadikan permohonan e-Gtukar KPM ini merupakan kali terakhir permohonan anda. Selamat Berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *