- MARA
Maklumat ringkas ini sebagai ingatan kepada pemohon berminat untuk pinjaman pelajaran boleh ubah Program Pasca Siswazah Luar Negara 2012. Konsep pinjaman adalah bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam menyambung pengajian ke luar negara demi mencapai kecemerlangan.
Calon-calon adalah dipelawa untuk memohon pinjaman pelajaran boleh ubah bagi membiayai pengajian ke peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti luar negara berdasarkan syarat-syarat di bawah:
- Syarat Asas Kelayakan Memohon
- Peringkat dan bidang pengajian
- Kelayakan Akademik
- Kelayakan Tempoh Pengajian
- Maklumat Lain
Cara membuat permohonan
- Permohonan perlu dibuat secara online di laman rasmi MARA di http://www.mara.gov.my ataupun boleh terus ke sistem permohonan KLIK SINI mulai 5 Mac 2012 sehingga 16 Mac 2012
- Pemilihan bagi calon yang berjaya adalah melalui 2 saringan iaitu melalui Ujian Penilaian Psychometric dan Temuduga.
- Keputusan calon yang berjaya untuk menduduki Ujian Penilaian Psychometric boleh di semak mulai 23 Mac 2012 di laman web MARA http://www.mara.gov.my
- Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 31 Mac 2012 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Maklumat Lanjut dan pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda digalakkan untuk menghubungi :
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Penajaan / Unit Dasar & Pembangunan IPT)
Telefon : 03-2613 4211, 03-2613 4372
Waktu pejabat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Email : [email protected]