Permohonan Pinjaman Yayasan Pahang 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Pinjaman Yayasan Pahang 2012 1
Logo Yayasan Pahang

Yayasan Pahang membuka permohonan pinjaman kepada calon yang layak bagi Pinjaman Pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi-institusi Pengajian Tinggi. Permohonan pinjaman perlu dibuat dengan online dan menghantar borang yang telah dilengkapkan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.

Syarat Permohonan Pinjaman Yayasan Pahang 2012

  1. Anak negeri Pahang termasuk pemohon atau ibu bapa dilahirkan di Negeri Pahang ATAU Jika pemohon serta ibu bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada wakil rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personality unggul
  3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
  4. Mendapat tempat/tawaran dari IPT mengikut kategori dibawah ;
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Kategori Permohonan

Sarjana / PhD

  • Pengajian di luar negara hanya bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal sahaja yang tidak terdapat di dalam negara.
  • Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal.

Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal (Tahun Pertama) seperti berikut:

  • Perubatan/Pergigian/Farmasi
  • Kejuruteraan
  • Sains Komputer
  • Ekonomi
  • Sains & Teknologi
  • Perbankan Islam
  • Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
  • TESL dan Sains Sosial

*Pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi ATAU STPM dengan mendapat CGPA 3.0 ke atas

Senarai IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Pahang bagi memohon pinjaman pendidikan :

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Cara Memohon Pinjaman Yayasan Pahang 2012

  • Permohonan perlu dibuat secara online di http://sispen.yp.org.my/
  • Borang permohonan lengkap perlu dimuat turun dan dihantar ke Yayasan Pahang bersama dokumen-dokumen yang perlu secara pos atau serahan tangan.
  • Dokumen perlu sampai ke Yayasan Pahang selewatnya 7 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Tarikh tutup permohonan : 27 Febuari 2012

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda dinasihatkan untuk merujuk IKLAN PENUH bagi mendapatkan maklumat lebih tepat.

Juga boleh menghubungi :

Yayasan Pahang,

Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,

26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

 

Tel : 09 – 5181 800

Fax : 09 – 5181 888

(Haji Mohammad B Ismail / Safwati Bt Ahmad / Zakiah Bt Saleh / Rohana Bt Khamdan)

One thought on “Permohonan Pinjaman Yayasan Pahang 2012

  1. KALAU NAK MOHON PINJAMAN YAYASAN PAHANG,UNTUK DIPLOMA DI KOLEJ ISLAM ASSOFA AMPANG,BOLEH KE?

Leave a Reply to NORALIFI HUSNA BINTI ABDUL FASHAH Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *