Permohonan Polis Bantuan Petronas Lelaki dan Wanita

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print
Polis Bantuan
Polis Bantuan

Satu iklan yang menarik untuk dikongsi, satu permohonan Polis Bantuan dibuka dan bakal berakhir hujung bulan ogos ini. Polis Bantuan ini kebiasaanya menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan dan menjaga hal ehwal keselamatan termasuk kuatkuasa undang-undang dalam institusi. Jawatan Polis Bantuan ini adalah melalui PETRONAS iaitu nama yang tidak asing di negara kita sebagai sebuah syarikat gergasi minyak.

Syarat permohonan Polis Bantuan Petronas

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Kelayakan minima lulus sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan kepujian sekurang-kurangnya empat mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia
  4. Mempunyai ukuran fizikal dan keupayaan pancaindera seperti, tinggi ( tidak bersepatu ) sekurangnya 170sm Lelaki, 160sm wanita – Berat badan sekurangnya 54kg Lelaki dan 46kg Wanita- Ukur lilit Dada sekurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas bagi lelaki sahaja- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap dan tidak buta warna.
  5. Tahap kesihatan dan penglihatan yang baik serta tiada kecacatan fizikal.
  6. Tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Cara mohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan keratan iklan ( akhbar )dan di pos bersama salinan sijil-sijil akademik, surat berhenti sekolah, surat beranak dan kad pengenalan ke :

Pengurus,

Jabatan Latihan Kebolehupayaan,

Kumpulan Keselamatan

Petroliam Nasional Berhad ( PETRONAS )

Aras 11, Menara 1, Menara Kembar PETRONAS,

Kuala Lumpur City Center ( KLCC )

50088 Kuala Lumpur

Sila tuliskan “ PERMOHONAN JAWATAN PENGAWAL KESELAMATAN PETRONAS ( POLIS BANTUAN ) “ di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan : 28 Ogos 2017

Gambar borang permohonan

Polis Bantuan
Polis Bantuan

Diharapkan permohonan anda berjaya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

10
Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
2 Comment threads
8 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
4 Comment authors
nadia azirafiziesssKishenjueHapizi Fizie Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
nadia azira
Guest
nadia azira

assalam. 2018 ade ke?

Hapizi Fizie
Guest

Masih ada masa lagi..

jue
Guest
jue

surat khabar tarikh bila nak ambik borang tu?

fiziesss
Admin

13 @ 14 ogos..xingat dah..tapi ada sesetengah pemohon yg guna je gambar yg diberi tu..print balik n hantar..boleh cuba.

kishen
Guest
kishen

selamat petang encik, nama saya kishen a/l supramanian.
saya nak minta tanya, saya dah hantar borang permohonan polis bantuan yang di tunjukkan atas.Bila boleh dapat tahu keputusan mengenai pengambilan tersebut.terima kasih.

fiziesss
Admin

Selamat petang, biasanya kne tunggu anggaran 1 bulan dari tarikh tutup. Pihak mereka akan hubungi kalau berjaya. Kne selalu hubungi mereka atau hantar surat meminta status permohonan melalui email yg disertakan.

Kishen
Guest
Kishen

Terima kasih encik untuk balas jawapan….i try nak hubungi pihak tersebut,tetapi tak dapat contact pihak.
Sekarang i part time keje kat pavelian…so kalau ada temuduga just inform je encik…i terus datang…lama i tunggu untuk keje…saya diploma student in logistic course…polis nyawa saya.selamat malam

fiziesss
Admin

Bagus dengan semangat kishen, kami akan cuba sedaya upaya utk bekalkan info kerjaya pada pelawat kami. Untuk tidak ketinggalan maklumat kami, boleh juga join telegram kami https://t.me/vipxpresi atau subcribe post terbaru kami melalui email https://www.xpresi.org/e-mail-digital/ . Terima kasih

kishen
Guest
kishen

Ribuan terima kasih Encik Fizie..

fiziesss
Admin

Sama2..