Permohonan Politeknik Kemasukan Disember 2012

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang berminat memohon ke Politeknik, Permohonan dibuka untuk sesi pembelajaran Diploma di politeknik seluruh negara yang mana sesi pengajiannya ialah bermula Disember 2012. Pembelajaran untuk kemasukan ini adalah secara sambilan yang mana kuliah akan dijalankan pada hujung minggu.

Yuran pengajian pula adalah berpatutan iaitu sekitar RM 200 minimum mengikut kursus dan lokasi Politeknik yang dimohon.

Program yang ditawarkan

Setiap lokasi politeknik menawarkan kursus pengajian yang berbeza, pemohon perlu memastikan kesesuaian pengajian yang ingin diambil dengan lokasi Politeknik pilihan sebelum memohon.

Gambar 1

Gambar 2

Syarat Kelayakan Masuk Politeknik

Bidang Kejuruteraan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan :
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Kepujian dalam 3 matapelajaran seperti matematik tambahan atau matematik, satu mata pelajaran berkaitan sains/ teknikal/ vokasional.
  • Satu matapelajaran lain atau ;
  • Lulus Sijil Politeknik kementerian Pendidikan/ Kementerian Pengajian Tinggi atau sijil setaraf yang diiktiraf atau ;
  • Sijil vokasional dan teknikal/ Kemahiran atau setaraf tahap 3 yang berkaitan dan diiktiraf dengan minimum satu tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.

Bidang Teknologi Maklumat dan Bidang Perdagangan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan :
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Kepujian dalam 3 matapelajaran seperti matematik tambahan atau matematik, Dua mata pelajaran lain atau ;
  • Lulus Sijil Politeknik kementerian Pendidikan/ Kementerian Pengajian Tinggi atau sijil setaraf yang diiktiraf atau ;
  • Sijil vokasional dan teknikal/ Kemahiran atau setaraf tahap 3 yang berkaitan dan diiktiraf dengan minimum satu tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.

Bidang Rekabentuk & Komunikasi Visual Dan Bidang Pelancongan & Hospitaliti

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan :
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Matematik / matematik tambahan
  • Kepujian dalam 3 matapelajaran seperti matematik tambahan atau matematik, Dua mata pelajaran lain atau ;
  • Lulus Sijil Politeknik kementerian Pendidikan/ Kementerian Pengajian Tinggi atau sijil setaraf yang diiktiraf atau ;
  • Sijil vokasional dan teknikal/ Kemahiran atau setaraf tahap 3 yang berkaitan dan diiktiraf dengan minimum satu tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.

Cara Memohon

Permohonan telah dibuka dan ditutup pada 27 November 2012. Permohonan boleh dibuat melalui online. Borang permohonan boleh diperolehi dari politeknik bekenaan atau dimuat turun dari laman web politeknik pilihan masing-masing ( Rujuk Gambar untuk mengetahui alamat web politeknik yang ingin dimohon ). Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan politeknik berkaitan.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x