

Bagi yang layak, Politeknik membuka permohonan fasa 2 untuk kemasukan Disember 2012. Permohonan politeknik fasa 2 ini member peluang kepada yang berminat serta bagi mereka yang masih gagal untuk mendapat tempat ke institusi lain dimana ia menyediakan kursus berperingkat Diploma, Diploma Lanjutan serta Sijil Kemahiran Asas.
Pemohon adalah diperlawa untuk membuat permohonan bagi kalangan :
- Lulusan Diploma Politeknik KPT
- Lulusan SPM
- Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
- Lulusan Sijil Politeknik
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti
- Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH
- Lulusan Sijl Institut Pertanian Malaysia
Jenis Program yang ditawarkan termasuk
- Diploma Lanjutan untuk Lulusan Diploma Politeknik KPT
- Program Diploma
- Sijil Kemahiran Khas untuk lepasan tingkatan 5 ( masalah Pendengaran )
Untuk permohonan 62 Program Diploma, calon berikut boleh memohon :
- Lulusan SPM
- Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
- Lulusan Sijil Politeknik
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti
- Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH
- Lulusan Sijl Institut Pertanian Malaysia
Cara Memohon Politeknik ambilan Disember 2012
Permohonan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Politeknik ataupun boleh terus ke Sistem Permohonan Online dengan menggunakan platform Internet Explorer.
- Pemohon juga perlu terlebih dahulu membeli nombor Pin berharga RM 10.60 yang boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN terdekat.
- Pembelian nombor PIN boleh dibeli sehingga 26 September 2012.
- Penggunaan nombor PIN yang telah dibeli bagi permohonan Sesi Jun 2012 masih boleh digunakan.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 September 2012
Pertanyaan dan maklumat lanjut
- Untuk maklumat lanjut boleh terus ke Portal Rasmi Politeknik atau ke Iklan Penuh Permohonan
- Selain itu boleh melalui maklumat dibawah
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik, Aras 4,
Galeria PjH, Jalan PW, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
Tel 03-88919240 Faks 03-88919319