Permohonan Prasekolah Kemasukan Tahun 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Prasekolah Kemasukan Tahun 2022 1

Dalam kesibukan ibu bapa melakukan persiapan kemasukan sekolah bagi pelajar tahun 1 sesi 2021 ini, jangan dilupakan anak yang bakal masuk ke prasekolah. Hal ini disebabkan permohonan pendaftaran kemasukan prasekolah tahun 2022 sudah DIBUKA. TARIKH PEMBUKAAN PERMOHONAN adalah bermula pada 1 Mac 2021 SEHINGGA 31 Mei 2021 (secara atas talian dan manual).
Prasekolah


Permohonan ini boleh dibuat dengan menggunakan dua cara iaitu:-

  • Secara atas talian Mohon
  • Permohonan secara manual melalui sekolah yang dimohon

Pendidikan prasekolah adalah satu program pembelajaran buat kanak-kanak yang berumur 4 tahun sehingga 6 tahun. Prasekolah merupakan salah satu platform yang mudah untuk ibu bapa sediakan buat anak-anak bagi memberi ruang kepada kanak-kanak merasai suasana pembelajaran yang berlainan daripada rumah.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

INFO!!!

Sebelum anak melangkah ke darjah satu atau tahun satu, anak-anak perlu didedahkan dahulu ke prasekolah atau tadika. Hal ini bagi memberi mereka ruang untuk menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran yang baru.

Permohonan Pendaftaran Kemasukan Prasekolah Tahun 2022

Prasekolah

Tujuan wujudnya prasekolah adalah bagi mengetahui potensi murid dalam segala aspek termasuklah:-

  • Perkembangan minda
  • Kemahiran asas
  • Memupuk sifat positif dalam kalangan kanak-kanak

Semua perkara diatas adalah salah satu inisiatif pihak sekolah untuk menyediakan persiapaan kanak-kanak masuk ke sekolah. Dalam erti kata yang mudah, ianya merupakan pendidikan awal bagi kanak-kanak mengenali apa itu sekolah.

 

Disini, kami akan menyediakan sedikit info berkenaan dengan permohonan pendaftaran kemasukan prasekolah tahun 2022. Khas buat ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 sehingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan boleh melakukan permohonan ini.

Antara syarat kelayakan memohon prasekolah KPM ini adalah:-

  • Kanak-kanak Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 JANUARI 2016 sehingga 15 JANUARI 2018
  • Pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

 

“Pemohon hanya boleh memohon satu pilihan sekolah sahaja”

Proses Permohoan Secara Atas Talian

Cara permohonan secara atas talian bagi permohonan kemasukan prasekolah tahun 2021 adalah seperti berikut:-

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

a) Layari laman web Rasmi e-persekolahan 
b) Daftar pengguna ( Bagi ibu bapa yang baru hendak mendaftar masuk WAJIB mendaftar dahulu sebagai pengguna pertama)

NOTA PENTING!!!

Hanya ibu/ bapa/ penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran.

c) Lengkapkan segala maklumat diri pelajar dan penjaga

“Mengemaskini maklumat diri pelajar dan penjaga amat penting bagi memastikan semua anak B40 dapat pelajaran yang sesuai dan setaraf”

d) Pilih sekolah yang ingin dipohon.

“Pemohoan yang ingin melakukan permohonan sekolah boleh memilih sekolah yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal”

PERINGATAN!!!

Ibu bapa yang melakukan pendaftaran secara atas talian WAJIB mencetak borang permohonan tersebut borang perlu di hantar ke pihak sekolah yang dipohon berserta dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021.

e) Lakukan permohonan secara atas talian selewat-lewatnya sebelum tarikh tutup permohonan (31 Mei 2021)

“Lakukan permohonan dengan lebih awal agar anda TIDAK LUPA untuk membuat permohonan pendaftaran kemasukan prasekolah tahun 2022”

Proses Permohonan Secara Manual

Cara permohonan secara manual bagi permohonan kemasukan prasekolah tahun 2021 adalah seperti berikut:-

  1. Ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dipohon
  2. Lengkapkan semua borang permohonan TERUTAMANYA maklumat murid dan penjaga
    Sediakan segala dokumen yang diperlukan
  3. Hantar borang permohonan ke sekolah yang ingin dipohon SEBELUM tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2021.
“Permohonan secara manual amat mudah bagi mereka yang tidak berkemampuan, cara ini amat membantu memudahkan lagi urusan permohonan”

Status keputusan permohonan Prasekolah Tahun 2022

Prasekolah

Status permohonan kemasukan prasekolah tahun 2022 boleh disemak secara atas talian PADA 5 OGOS 2021. Bagi pelajar yang berjaya, ibu bapa WAJIB mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran. Rayuan permohonan boleh dibuat dengan menekan butang “RAYUAN PERMOHONAN” pada 5 Ogos 2021 sehingga 20 Ogos 2021. 

“Tempoh permohonan adalah dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan”

One thought on “Permohonan Prasekolah Kemasukan Tahun 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *