Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris Sesi 2/2021, Beaufort Sabah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris merupakan program pengajian jangka pendek selama dua bulan sahaja. Ianya merupakan program untuk pelajar yang telah mendapat keputuisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SEKURANG-KURANGNYA 3 kepujian. Walaubagaimana sekalipun, mereka mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris serta LULUS dalam subjek Matematik.

Rezeki ALLAH itu luas justeru itu bagi anak sabah yang TIDAK dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi anda boleh mencuba untuk membuat permohona ke program ini. Program ini akan membuka banyak peluang untuk anda menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Justeu itu, JANGAN pernah kecewa dengan keputusan yang anda perolehi. 

Program intensif bahasa Inggeris

INFO!!!

Permohonan boleh dilakukan secara dallam talian di laman web MARA atau portal UPIM mulai 1 JUN 2021 sehingga 30 JUN 2021

Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris Sesi 2/2021, Beaufort Sabah

Dalam setiap program pasti mempunyai syarat kelayakan untuk memohon walaupun hanya kursus jangka pendek. Antara syarat permohonan program intensif Bahasa Inggeris sesi 2/2021 adalah seperti berikut:-

  • Pelajar memperolehi sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam peperiksaan SPM termasuklah subjek :-
    • Bahasa Melayu
    • Dua subjek lain DAN
  • Bahasa Ingegris (lulus sekurang-kurangnya Gred D
  • Matematik (lulus sekurang-kurangnya Gred E)

Program intensif bahasa Inggeris

TAHUKAH ANDA!!!

Pelajar yang mendapat SEKURANG-KURANGNYA Gred C dalam peperiksaan Intensive English Program (IEP) LAYAK memohon untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Profesional Mara (KPM) dan sekurang-kurangnya Gred B bagi meneruskan pengajian ke Program Diploma In Halal Industry.

Syarat Am Program Intensif Bahasa Inggeris

Syarat am kemasukan ke Kolej Profesional Mara, Beaufort Sabah adalah:-

  • WARGANEGARA Malaysia
  • BUMIPUTERA sabah
  • Lepasan SPM 2019 dan tahun sebelumnya
  • Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun
  • Permohon TIDAK menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama
  • Pemohon WAJIB bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai kesihatan yang bertauliah
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad
Info Tambahan :  Semak Permohonan Kemasukan ke UITM (Asasi Undang-undang Sesi 2)

Walaupun anda LAYAK menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Profesional Mara (KPM) TETAPI anda TIDAK DIBENARKAN memohon program Diploma in English Communication.

Antara program Diploma yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA adalah:-

  • Diploma in Accounting (DIA)
  • Diploma in Business Studies (DBS)
  • Diploma in Business Information Technology (DBIT)
  • Diploma in Computer Network (DCN)
  • Diploma in Computer System (DCS)
  • Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  • Diploma in Entrepreneurship (DEn)
  • Diploma in Islamic Banking & Finance (DBF)
  • Diploma in Halal Industry (DHI)
  • Diploma in International Bussiness (DIB)
  • Diploma in Marketing (DMK)
  • Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  • Diploma in English Communication (DEC)

Semasa berada di dalam program ini, para pelajar akan mempelajari subjek Bahasa Inggeris seperti:-

  • Listening & speaking
  • Reading
  • Writing
  • Grammar

Pembelajaran ini akan mengambil masa selama 2 bulan SAHAJA. Justeru itu, para pelajar DINASIHATI agar sentiasa fokus semasa kelas pembelajaran dilaksanakan. Terdapat pelbagai kemudahan yang bakal disediakan oleh pihak MARA sekiranya anda menyertai program ini.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:-

  • Pengajian sepanjang dua bulan TANPA dikenakan yuran pengajian
  • Penginapan asrama disediakan dan TIDAK dikenakan bayaran
  • Elauan sara hidup disediakan sebanayak RM250.00 sebulan akan dibayar kepada pelajar yang telah melengkapkan pengajian dan sudah mendaftar sebagai pelajar diploma di KPM pada sesi kemasukan yang berikutnya
  • Tiket penerbangan DISEDIAKAN bagi anak kelahiran sabah yang tinggal luar dari negeri sabah. Tetapi pelajar perlu mengemukakan tiket asal bagi urusan bayaran balik tiket penerbangan
Info Tambahan :  Laluan Kerjaya Lepasan STPM 2020

PERINGATAN!!!

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM150.00 dan pembayaran menerusi aplikasi MARAeps atau menerusi http://bayar.maraeps.my/login

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi:-

Unit Pengambilan,

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,

Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,

Jalan MARA, 

50609, Kuala Lumpur

Telefon : 03- 2613 4074/ 4075/ 4076/ 4077/ 4081
Portal UPIM : https://apponline.mara.gov.my/upimonline/
Whatapps: 011-585 21184
Email : [email protected]

Program intensif bahasa Inggeris

***SELAMAT MENCUBA UNTUK MEMOHON PROGRAM INI BAGI YANG LAYAK***

Tidak salah untuk mencuba membuat permohonan kerana peluang yang disediakan sangat meluas. Jsuteru itu, TIDAK rugi untuk calon yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke program ini kerena peluang TIDAK datang dua kali, biasanya peluang hanya datang sekali sahaja seumur hidup. Maka, cubalah untuk mendapatkan peluang yang terbaik ini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments