Permohonan Program Khas Lepasan SPM 2011 MARA 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Program Khas Lepasan SPM 2011 MARA 2012 1
MARA

MARA telah membuka satu permohonan mengikuti Program Khas Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah untuk lepasan SPM 2011 dibawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA.

Syarat Asas Memohon

  • Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia (salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan  Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia)
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 bagi kali pertama.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Senarai Kursus ditawarkan MARA

Sila  rujuk  kod pada  [button link=”http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=20943f6f-1c06-479b-a85c-12669c2633ef&groupId=30564″]Lampiran A[/button]  – Program Ijazah  Luar & Dalam Negara dan Cemerlang IPMa untuk tujuan permohonan.  PERHATIAN – Program yang menggunakan kod LN0302, LN0303, LN0330, LN0331, LN0332, LN0333, LN0334, LN1801 dan LN1802 adalah merupakan program kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Info Tambahan :  ACCA : Laluan Menjadi Akauntant Yang Bertauliah 2022

Syarat Kelayakan Akdemik Minimum

Untuk melihat syarat akademik memohon sila rujuk :

  • [button link=”http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5825fcac-14b7-4b1d-bcff-7bcf9e063a21&groupId=30564″]Lampiran B [/button] – Program Ijazah Luar Negara
  • [button link=”http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e475f826-11f6-4fd9-8ee0-1ee3f00e6520&groupId=30564″]Lampiran C[/button]  – Program Ijazah Dalam Negara
  • [button link=”http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f7b5cb45-d8c7-4397-9cb8-6839f7a89414&groupId=30564″]Lampiran D [/button] – Program Cemerlang IPMa

Cara Membuat Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat secara online di laman rasmi MARA www.mara.gov.my mulai 16 April 2012 sehingga 22 April 2012.
  • Setelah mengisi online, perlu mencetak permohonan yang telah diisi dan cetakan itu perlu dihantar ke :

Program Khas Lepasan SPM 2011

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA

Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

  • Penghantarn digalakkan menggunakan perkhidmatan pos express atau perkhidmatan courier dan perlu diterima MARA sebelum 25 April 2012
  • Keputusan permohonan Program Ijazah Luar Negara boleh mula disemak melalui portal rasmi MARA mulai 7 Mei 2012.
  • Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012 di laman web MARA.
  • Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 01 Jun 2012 di laman web MARA.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 29 Jun 2012 adalah dianggap tidak berjaya.
Info Tambahan :  Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 2022/2023

Pertanyaan Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda dinasihatkan untuk menghubungi :

Pengarah

Bahagian Penganjuran Pelajaran

Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

(u.p: Unit Penajaan Program Khas)

Telefon : 03-2613 2110 / 2075 / 2044 / 2045 / 2050 / 2051 / 2065

Waktu pejabat : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Email : [email protected]

Diharapkan perkongsian bekenaan peluang khas pengajian MARA untuk lepasan SPM 2011 ini memberikan manfaat bersama.

One Response

  1. zulaikha fakhri

Leave a Reply