

Satu peluang baik dibuka kepada pelajar lepasan SPM 2013 yang berminat mempunyai kelebihan khas dan lebih kelainan. Pembelajaran adalah dengan naungan khas Mara dan program yang ditawarkan juga meliputi kursus pengajian professional seperti perubatan, kejuruteraan dan banyak lagi. Calon juga ditawarkan pengajian luar Negara dan semestinya ia satu peluang baik kepada pemohon untuk mendapat pengalaman dan kemudahan khas dari pihak Mara dalam pengajian nanti.
Syarat Permohonan
Untuk melihat syarat permohonan umum boleh lihat disini, syarat permohonan adalah dikhususkan mengikut kursus yang diambil rujuk sini , calon yang ingin memohon boleh rujuk SINI untuk syarat permohonan mengikut kursus.
Permohonan
- Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 21 Mac 2014 hingga 28 Mac 2014.
- Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga boleh disemak mulai 16 April 2014, manakala semakan keputusan penempatan ke program ini boleh disemak mulai 26 Mei 2014 di laman web MARA http://www.mara.gov.my.
Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 27 Jun 2014 adalah dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan
Jika anda mempunyai masalah dan inginkan lebih jelas mengenai permohonan ini anda dinasihat untuk terus menghubungi :
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Penajaan Program Khas)
Telefon : 03-2613 2032 / 2110 / 2037 / 2072 / 2063 / 2085
Waktu pejabat : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Email : [email protected]
Facebook : www.facebook.com/postspm2014
Salam, sy nak tanye.. sy dapat kos asasi sains gunaan di kolej mara kulim dan akan mnyambung ke usm slpas asasi. Jd, sy nak tahu, cabang2 di bawah kos sains gunaan dan apa kerjayanya nanti.. mohon beri pencerahan tentang kos ini.. terima kasih..
salam, mungkin kami pernah buat penulisan tentang sains gunaan ni, cuba search di web kami yang lepas2..