Penubuhan program khas selangor brain bank atas tujuan bagi menawarkan biasiswa penuh dalam pengajian Doktor Falsafah (PHD) kepada rakyat kelahiran negeri selangor serta mereka yang bermaustautin dengan status rakyat awam ataupun penjawat awam yang memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan. Inisiatif ini telag membuka peluang yang amat besar kepada mereka yang masih berminat dan berkelayakan khususnya dalam bidang skop smart selangor.
Skop smart selangor ini merangkumi bidang-bidang yg terdiri daripada tenaga & utiliti, pengurusan bencana, pendidikan, makanan, pertanian dan lain-lain lagi. Bidang-bidang ini dilihat sangat kritikal kepada sebuah negeri yang sedang pesat membangun seperti negeri selangor. Dengan adanya penubuhan program seperti ini ianya dapat membekalkan kesan yang amat baik kepada negeri selangor dari segi kepakaran dan juga sumber manusia yang berkebolehan dalam bidang-bidang yang sangat diperlukan sekaligus menjadi titik tambah kepada kepesatan pembangunan negara terutama sekali negeri selangor.
Selari dengan visi kerajaan negeri selangor yang ingin menjadikan negeri selangor sebagai sebuah negeri pintar, bidang-bidang lain turut dititik beratkan seperti teknologi, perniagaan, alam sekitar, komersil, komunikasi dan sebagainya. Disebabkan itu, peruntukan sebangak 5 juta telah dikeluarkan dengan tawaran sebanyak 10 tajaan biasiswa penuh sepanjang pengajian PHD bqgi tempoh pengajian antara tiga hingga empat tahun.
Sangat menguntungkan kepada mereka yang berkelayakan untuk mengambil peluang yang terbuka luas ini sebaiknya. Tawaran ini bukan sahaja memberikan anda peluang mendapatkan biasiswa namun ia juga memberikan anda satu peluang keemasan melanjutkan pengajian PHD anda di salah sebuah universiti di luar negara sekaligus memenuhi impian anda yang ingin belajar di sana.
Beberapa syarat kelayakan perlu dipatuhi oleh setiap pemohon program khas selangor brain bank. Turut disertakan di sini beberapa syarat kelayakan yang boleh menjadi panduan anda sebelum memohon program ini. Antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia
- Rakyat selangor / bermaustautin di selangor melebihi 5 tahun
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pengajian
- terbuka kepada penjawat awam / orang awam
- minimum CGPA 3.75 dengan kelulusan ijazah sarjana muda /ijazah sarjana yang diiktiraf kerajaan
- Telah mendapat tempat pengajian di universiti termuka luar negara
- pengajian sepenuh masa
- Tidak blacklist
- Tiada rekod muflis / jenayah
- Tidak menerima tajaan daripada mana-mana pihak
- Aktif dalam kokurikulum
- Memperoleh markah IELTS (6.0)
- Mahir dalam satu bahasa
- Sihat
- Menyertakan research proposal yang diiktiraf universiti
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh mendapatkannya di portal tabung kumpulan wang biasiswa selangor. -SUMBER