Permohonan Program Kolej Vokasional di Institut Pendidikan Swasta 2012

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan

Untuk pengetahuan umum, satu peluang yang agak baik dibuka kepada lepasan PMR 2011 yang kini berada di tingkatan 4 yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional di Institut Pendidikan Swasta. Walaupun ianya belajar di Institusi Swasta tetapi yuran pengajian, makan dan penginapan dibiayai oleh kerajaan.

Program menarik ini adalah melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia memperlawa lepasan PMR 2011 yang berminat untuk memohon 2 program yang ditawarkan beserta biayaan semasa pengajian.

Senarai Institusi serta kursus ditawarkan

Untuk memohon perlu sedia maklum bahawa lokasi dan kursus yang ditawarkan adalah seperti dibawah :

  • Malaysia Institute of Technology ( lot 18, jln anggerik Vanilla 31/93, kota kemuning, 40460 Shah Alam Selangor ) Kursus ditawarkan : Mechatronics, toolmaker-metal stamping die dan toolmaker-Plastic Injection Mould.
  • Malaysia Aviation Training Academy ¬†( A27-37 Lorong 1/1, Taman Mahkota Idaman, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang ) Kursus ditawarkan : Aircraft Maintenance

Syarat kemasukan

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Tingkatan 4 tahun 2012
  • Sihat dan sesuai fizikal
  • Bebas dari sakit kronik

Kelayakan minimum PMR 2011

  • Bahasa Melayu B
  • Bahasa Inggeris B
  • Matematik B
  • Sains B
  • Kemahiran Hidup B
  • Lulus mata pelajara lain

 Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2012, Pembelajaran akan bermula pada julai 2012

Cara memohon

Untuk maklumat lanjut, maklumat penuh serta membuat permohonan boleh merujuk iklan penuh serta aplikasi Permohonan Program Kolej Vokasional di Institut Pendidikan Swasta 2012.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x