

Anda berminat dengan program pelayaran? Satu anjuran program pelayaran akan dilaksanakan dan ianya terbuka untuk belia berumur 18- 30 tahun. Program pelayaran ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Program ini diberi nama Program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 3/2016 Voyage 355 / 2016 .
Untuk lebih jelas kami sediakan maklumat program seperti dibawah :
- Program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 3/2016 Voyage 355 / 2016
- Anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)
- Tarikh Pelayaran : 24 September hingga 7 Oktober 2016
- Tujuan : Mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.
Syarat Permohonan Program Pelayaran
- Borang ini hendaklah diisi dengan jelas dan lengkap menggunakan HURUF BESAR.
- Pada ruangan-ruangan yang tidak berkenaan hendaklah ditulis dengan perkataan TIADA.
- Tandakan (√) pada kotak yang berkenaan .
- Peserta mestilah berumur antara 18-30 TAHUN dan WARGANEGARA MALAYSIA.
- Wajib mendapatkan sokongan/pengesahan majikan (bagi yang bekerja)
- Wajib mendapatkan sokongan/pengesahan Jabatan Belia dan Sukan/ Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran
- Mengemukakan borang permohonan yang lengkap(Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses)
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :
SEKRETARIAT PROGRAM KLD TUNAS SAMUDERA
Aras 11, Bahagian Pembangunan Belia,
Jabatan Belia dan Sukan Negara,
Kementerian Belia dan Sukan
MALAYSIA
Pusat Pentadbiran Persekutuan, Presint 4, 62570 Putrajaya.
(u.p : En. Muhamad Asyraf Bin Abdul Azias@ Aziz)
Tarikh tutup penyertaan pada 29 OGOS 2016 (Isnin)
Pertanyaan dan Maklumat lanjut
Sekiranya anda ingin bertanya atau inginkan maklumat lanjut dinasihatkan untuk menghubungi :
Encik Muhamad Asyraf Bin Abdul Azias@ Aziz
Email : [email protected]
Tel : 03-8871 3300
Fax: 03-8888 8761
Encik Shafie Bin Ahmad Yusoff
Email: [email protected] / [email protected]
Tel: 03-8871 3283
Faks : 03-8888 8761
Sumber rujukan : http://www.kbs.gov.my/my/info-terkini/3182-program-pelayaran-kld-tunas-samudera.html