

Satu permohonan dibuka iaitu permohonan program pensiswazahan guru ( PPG ) Mod Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ) bagi pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma ( PPPLD ) ambilan tahun 2013. Program ini dirangka bagi memberi peluang PPPLD meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana muda disamping memenuhi dasar KPM iaitu 60% guru siswazah di sekolah rendah dan 90% guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015.
Kemudahan pengajian
Bagi PPPLD yang mengikuti pengajian, yuran pengajian akan ditaja selama empat tahun dan diikat dengan perjanjian oleh pihak kerajaan.
Syarat kelayakan
PPG ini ditawarkan kepada PPPLD yang sedang berkhidmat di bahagian /jabatan pelajaran negeri ( JPN )/ pejabat pelajaran daerah ( PPD )/ sekolah rendah/ sekolah menengah/ sekolah bantuan kerajaan dibawah kelolaan KPM perlu memenuhi syarat dan kelayakan asas berikut :
- Warganegara Malaysia
- PPPLD yang berumur 45 tahun ( lahir pada 1968 dan kebawah
- PPPLD yang berumur 6 tahun ( lahir pada 1967 ) hingga 47 tahun ( lahir pada 1966 ) dan telah memilih opsyen bersara wajib 58 atau 60 tahun.
- PPPLD yang berumur 48 tahun ( lahir pada 1965 ) hingga 49 tahun ( lahir pada 1964 ) dan telah memilih opsen bersara wajib 60 tahun.
- Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ( SPP )
- Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian dengan mana-mana university sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/ sambilan dengan tajaan KPM
- Memiliki diploma pendidikan/ perguruan atau sijil perguruan
- Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih dari tiga tahun
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Memperoleh purata markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan ( LNPT ) yang baik bagi tiga tahun terkini serta disokong Ketua Jabatan
- Bebas dari tindakan mahkamah atau tatatertib
- PPPLD yang mengikuti PPG sebelum ini tetapi telah gagal dan diberhentikan dari pengajian tidak layak memohon.
PPLD yang menamatkan pengajian program ini akan kekeal bertugas di Bahagian/ jpn/ PPD/ sekolah rendah/ menengah/ sekolah bantuan kerajaan dibawah kelolaan KPM.
Cara memohon dan maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut, anda digalakkan untuk memdapatkan maklumat penuh permohonan dan cara memohon yag dinyatakan disini ( Klik sini )
semoga bermanfaat buat yang berprestasi dan pantas mendapat beasiswa