

Satu permohonan dibuka untuk pelajar tingkatan 3 tahun ini untuk kemasukan awal tahun depan ke Maktab Tentera Diraja untuk sesi 2014. Maktab Tentera Diraja merupakan satu institusi pendidikan yang penuh disiplin dan fokus pada ketenteraan demi melahirkan cerdik pandai yang hebat dan berdisiplin mampu menjadi pemimpin yang hebat.
Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.
Iklan Permohonan ke MTD
Permohonan sedang dibuka kini dengan syaratnya seperti dibawah ;
Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013.
Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Jantina – Lelaki.
- Tinggi Minimum – 152 sm.
- Berat Minimum – 40.5 kg.
- Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
- Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (Tarik nafas).
- Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
- Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
- Terbuka kepada pelajar lelaki tingkatan tiga yang berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR Tahun 2013. Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan,muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform. Sila sertakan bersama sijil yang disahkan sebagai pengesahan.
- Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115.
- Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
- Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2014.
Cara memohon
Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan BAT B 115 ( muat turun ) di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.
Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
Sel Pemilihan
Pusat Pengurusan Maklumat
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
Borang Permohonan BAT B 115 yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat lewatnya pada 30 September 2013. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 31 Disember 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Iklan penuh yang disertakan dan merujuk laman rasmi MTD.