Permohonan rayuan BPR Fasa 2 mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan). Justeru itu, bagi mereka yang TIDAK LAYAK untuk menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh membuat permohonan tersebut. Sila rujuk cara-cara untuk membuat rayuan BPR di portal Rasmi https://bpr.hasil.gov.my dengan kadar segera.
PERINGATAN!!!
Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 SAHAJA tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak kerajaan.
Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Mulai 15 Jun 2021
INFO TAMBAHAN!!!
Sebelum membuat permohona rayuan, pemohon WAJIB ketahui kod tidak lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya anda TIDAK LULUS permohonan. KLIK DISINI untuk info Lanjut berkenaan dengan kod permohonan tersebut.
Setiap kod rayuan adalah berbeza disebabkan oleh faktor anda TIDAK LULUS melakukan permohonan adalah berbeza. Justeru itu, pemohon yang sedang membuat rayuan WAJIB ketahui kod sokongan tersebut.
Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 boleh di lakukan mnelalui 2 cara iaitu:-
A) Menerusi laman web portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my
9 Cara membuat permohonan rayuan BPR Fasa 2 adalah dengan cara :-
1) Klik Log Masuk dan masukkan No. Mykad serta kata laluan yaang telah didaftarkan
2) Setlah berjaya log masuk sistem akan memaparkan Laman menu pengguna. Klik butang pada bahagian PERMOHONAN RAYUAN.
3) Maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan maklumat permohonan BPR yang lepas. Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut sahaja.
PERINGATAN!!!
Terhad kepada 5 dokumen sokongan dalam satu permohonan rayuan. Justeru itu, pemohon WAJIB ketahui dokumen sokongan yang PENTING sahaja. Rujuk semula kod sokongan yang diperlukan untuk menyediakan dokumen.
5) Pemohon klik butang TERUSKAN bagi meneruskan proses rayuan.
6) Prmohon dikehendaki mengisi CAPTCHA dan klik butang SAHKAN CAPTCHA bagi meneruskan proses rayuan.
7) Seterusnya baca dan tandakan [ ⁄ ] pengakuan untuk ke papparan bahagian HANTAR
8) Klik butang HANTAR. Jika permohonan berjaya dihantar paparan yang adalah seperti berikut:-
9) Pemohon boleh klik butang CETAK untuk mencetak maklumat permohonan rayuan atau klik butang KELUAR untuk keluar dari permohonan
B) Boleh buat rayuan di kaunter cawangan LHDNM
Kaunter LHDNM akan dibuka seperti biasa mulai 15 JUN 2021. Walaubagaimana sekalipun, anda WAJIB membuat temujanji dahulu dengan pihak LHDNM menerusi atas talian melalui e-janji temu di portal rasmi BPR. Pada masa yang sama, bagi pemohon yang mahu berjumpa pihak yang berkenaan WAJIB ketahui jadual pembukaan mereka setiap hari.
***TIDAK SALAH UNTUK BERJUMPA PEGAWAI LHDNM UNTUK MEMINTA KHIDMAT NASIHAT WALAUBAGAIMANA SEKALIPUN WAJIB PATUHI SOP YANG ADA***
PERINGATAN!!!
Amatlah DINASIHATKAN agar untuk membuat temujanji dengan pegawai LHDNM dua atau tiga hari sebelum tarikh temujanji. Ianya bagi memudahkan lagi anda untuk mendapat ketemu dengan pegawai LHDNM pada masa yang anda kehendaki.
Walaubagaimana sekalipun, pihak BPR telah menyediakan perkhidmatan yang boleh diakses secara dalam talian pada portal BPR 2021 tanpa perlu hadir ke Cawangan secarra janji temu. Antara perkdimatan yang di sediakan adalah seperti:-
- Permohonan Rayuan
- Kemas kini maklumat asas bagi permohonan berstatus lulus
- Semakan status permohonan dan maklumat bayaran
- Set semula kata laluan BPR (jika mempunyai alamat email yang berdaftar)
- Cetak permohonan BPR
- Semak permakluman BPR
Bagi mendapatkan maklumat Lanjut berkenaan dengan permohonan Rayuan BPR Fasa 2 boleh :-
- Portal Rasmi BPR LHDNM https://bpr.hasil.gov.my ATAU
- Hubungi LHDNM : 1-800-88-2747 (waktu operasi :9.00 pagi sehingga 5.00 petang) ATAU
- MoF : 03- 8882 4546/ 4566 (Waktu operasi : 9.00 pagi -5.00 petang) ATAU
- Hadir sendiri ke cawangan LHDNM/ PKH LHDNM/ UTC LHDNM
Diharapakan perkongsian yang diberikan ini dapat membantu mereka yang sedang berada di dalam kesusahan. Walaubagaimana sekalipun, pemohon perlu memastikan bahawa anda betul-betul LAYAK untuk membuat permohonan ini. Ianya bagi memudahkan proses permohonan dibuat dengan lebih mudah lagi.
***SELAMAT MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 INI***
Sekiranya setelah membuat permohonan maka anda hanya prlu menunggu keputusan sama ada anda LAYAK menerima akan diumumkan pada masa akan datang. Sekiranya anda LAYAK dan itu adalah rezeki anda, maka akan tetap perolehinya sekiranya itu bukan rezeki anda mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk anda. Percayalah rezeki ALLAH itu luas dan JANGAN pernah berhenti berharap dengan rezeki ALLAH.