Permohonan Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2018

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Semakan ke tingkatan 6 tahun 2018 telah mula boleh disemak beberapa hari lepas. Bagi yang tidak berjaya pastikan membuat rayuan melalui permohonan rayuan yang disediakan. Untuk membuat rayuan, pelajar perlu mengisi borang permohonan rayuan yang disediakan melalui online mulai 16 April 2018 – 24 Mei 2018.

Rayuan Tingkatan 6
Rayuan Tingkatan 6

Calon yang tidak terpilih masuk ke Tingkatan Enam Tahun 2017 disebabkan gagal memperoleh gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2016, tetapi berjaya mendapat kepujian tersebut dalam peperiksaan SPM Ulangan 2017, boleh merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam Tahun 2018 dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Calon boleh membuat rayuan ke Bahagian (kecuali sekolah menengah harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan dengan menggunakan borang T6BRU mulai 16 April 2018 dan borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya 24 Mei 2018.

Baca Juga :  Permohonan KKTM, MJII dan IKM online 2018

Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6

Untuk membuat rayuan, perlu mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi semakan tingkatan 6 ( Muat Turun )

Panduan Mengisi Borang T6BRU

  1. Borang T6BRU ini adalah untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2018 kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
  2. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: i. Keputusan peperiksaan SPM 2017, ii. Sijil kelahiran, iii. Kad pengenalan/ pasport, iv. Sijil Berhenti Sekolah, dan v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
  3. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali sekolah menengah harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
  4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Mei 2018. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
  5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut: i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2017 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan; ii. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam manamana mata pelajaran lain, kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK). iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan iv. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik.
  6. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
  7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 11 Jun 2018.
  8. Murid hendaklah melapor diri mulai 25 Jun 2018 dan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.
  9. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Baca Juga :  Isu Penempatan Guru , Ini Jawapan SPP Pendidikan

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here