Permohonan Rayuan UPU ke IPTA 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Rayuan UPU ke IPTA 2013 1
Rayuan UPU

Keputusan semakan UPU untuk kemasukan ke IPTA telah dikeluarkan baru-baru ini di Laman Rasmi UPU. Mungkin ramai yang berjaya dalam permohonan dan sedang bersedia untuk menerima surat tawaran dan pendaftaran IPTA masing-masing yang dimohon. Namun demikian ramai juga yang sedang kecewa kerana tidak ditempatkan dimana-mana IPTA yang dimohon.

Bagi yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat online bermula dari 11 hingga 21 Julai di Permohonan e-Rayuan kemasukan IPTA/ Politeknik Premier ( Klik Sini ).

Keputusan rayuan kebiasaanya bagi memenuhi program yang masih mengalami kekosongan ataupun kegagalan melapor diri bagi pengambilan yang dibuat.

Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

Perkara berikut perlu sedia dimaklum oleh pemohon :

  • Dasar Jabatan Pengajian Tinggi tidak membenarkan sebarang pertukaran Program pengajian di dalam IPTA atau di antara IPTA.
  • Semua urusan pertukaran Program Pengajian di IPTA adalah secara dalaman sahaja berdasarkan pertimbangan dan budi bicara IPTA.
  • Hanya calon gagal mendapat tawaran IPTA sahaja yang boleh membuat rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan yang diselaraskan oleh BPKP JPT dalam tempoh 10 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Jadi, lupakanlah hasrat untuk bertukar kursus yang ditawarkan kecuali dengan pengurusan pengurusan tempat anda ditawarkan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *