Permohonan Rayuan UPU ke IPTA/ Politeknik 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
jom masuk u
Rayuan UPU

Untuk makluman, rayuan telah dibuka dan permohonan rayuan melalui UPU ke IPTA atau politeknik boleh dimohon secara online. Sebelum ini keputusan UPU untuk lepasan SPM telah dikeluarkan dan mungkin ada yang telah gagal ditempatkan. Permohonan rayuan sebelum ini ditunda kepada 16 Mei 2014 bagi memberi peluang rayuan sekaligus dengan mereka yang gagal ke Politeknik.

Mungkin sukar mencari alamat yang benar untuk membuat rayuan, pihak pentadbir menghadapi soalan dari pelawat, oleh itu bagi tidak mengecewakan pelawat kami, pihak kami cuba membantu dengan memudahkan pencarian pemohon yang ingin membuat rayuan ke IPTA/ politeknik.

Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

Permohonan online rayuan UPU 2014

Untuk membuat rayuan anda boleh cuba ke aplikasi rayuan yang disediakan :

Rayuan UPU lepasan SPM : https://online.moe.gov.my/upu/onlinerayuanupu/

  1. Sila pilih jenis permohonan anda ( Rayuan kemasukan ke IPTA/ politeknik primer )
  2. Pilih juga program pengajian anda ( Lepasan SPM/ Setaraf )
  3. Klik Masuk

Maklumat Tambahan

Tarikh tutup permohonan rayuan : 26 Mei 2014

Setelah itu anda mula boleh membuat rayuan dan pastikan pilihan yang anda buat betul dan anda telah merancang dengan sebaiknya pilihan yang dibuat. Semoga perkongsian permohonan rayuan UPU ke IPTA/ Politeknik ini menjawab pertanyaan pelajar. Semoga Berjaya.

17 thoughts on “Permohonan Rayuan UPU ke IPTA/ Politeknik 2014

  1. saya telah membuat rayuan di upu untuk anak saya. Tetapi di slip permohonan e rayuan untuk politeknik konvensional/ metro, tarikh & masa permohonan tercatat 1 jan 1970. sedangkan saya membuat permohonan rayuan pada 18 may 2015. Saya cuba menghubungi upu hotline tapi tidak berjaya. Saya juga ada buat rayuan terus ke politeknik dan permohonan telah diterima. apakah permohonan untuk politeknik konvensional/metro itu telah benar2 diterima sistem upu. harap maklum. terima kasih.

  2. Assalamualaikum ..saya ada buat rayuan untuk kemasukan ke ipta ambilan September ni..saya lepasan diploma..sy dgr budak diploma nak apply upu kena hantar dokumen.. Dokumen apa yg dimaksudkan tu?mohon pencerahan.. Tq

  3. Assalamualikum,, saya nk brtanya pelajar lpasan matrik x boleh smbg ke peringkat ijazaah sarjana muda di UIA atau d USIM ke? seterusnya sekarang saya d tingkatan 6 tapi saya mndpt pnggilan ke2 ke matrikulasi selangor.. mana y patut saya pilih?

  4. Maaf , saya telah terlepas untuk membuat prmohonan upu dan membuat rayuan upu .Permohanan kali kedua untuk 2014 bila? Terima kasih

  5. Saya dah buat rayuan, tapi saya tidak menerima sebarang emel Pengesahan Penerimaan Permohonan dari pihak UPU. Kenapa ya?

  6. Jika emel yang saya gunakan untuk permohonan e-rayuan saya berbeza daripada permohonan upu saya yang sebelum ini adakah ianya akan mendatangkan apa-apa masalah? terima kasih.

  7. assalamualaikum tumpang tanya, berapa kalikah permohonan e-rayuan boleh dikemaskini dan apakah permohonan saya tidak diterima oleh pihak upu sekiranya tiada sebarang emel yang saya terima mengatakan permohonan saya sedang diproses oleh pihak upu?

Leave a Reply to Rachael Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *