Permohonan SBP Tingkatan 1 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu permohonan SBP Tingkatan 1 telah dibuka, Permohonan ini bagi pelajar darjah 6 semasa yang sedang menanti keputusan UPSR. Permohonan SBP tingkatan 1 ini adalah untuk permohonan Sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan tingkatan 1 di seluruh sekolah Berasrama Penuh Malaysia tahun hadapan iaitu tahun 2016.

SBP tingkatan 1
SBP tingkatan 1

Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) merupakan sekolah yang melaksanakan pemilihan pelajar kriteria akademik dan ko kurikulum cemerlang untuk diterima masuk disamping aspek lain. Oleh demikian, memilih untuk memohon ke SBP ini merupakan salah satu langkah baik kerana pelajar dapat belajar di persekitaran rakan sebaya yang membina dari segi akademik dan lain-lain kerana ia merupakan pelajar yang dipilih melalui permohonan. Persekitaran yang membina dan galakan dari rakan sebaya positif mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran disamping tenaga pengajar yang komited.

Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Permohonan SBP tingkatan 1

Bagi yang berminat menghantar anak ke SBP haruslah terlebih dahulu membuat permohonan. Dibawah ialah maklumat penting permohonan terkini yang perlu anda maklum :

Perkara

Maklumat

Permohonan Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP tingkatan 1 tahun 2016
Tarikh Tutup 15 November 2015
Web Permohonan https://sst1.moe.gov.my/log_masuk.cfm
Panduan Permohonan https://sst1.moe.gov.my/panduan.htm
Aliran/ Lokasi Sekolah Klik ( Aliran/ lokasi sekolah )
Pakej Matapelajaran Klik ( Mata Pelajaran Ditawarkan )
Soalan Lazim Soalan dan pertanyaan Lazim ( Maklumat Lanjut )
Maklumat Lanjut/ Pertanyaan ·         Laman Rasmi KPM

·         https://sst1.moe.gov.my/

Sebelum membuat permohonan adalah lebih baik :

  • Anda baca dan faham dahulu panduan permohonan yang diberikan.
  • Permohonan hendaklah dibuat/ dikawal selia oleh ibu bapa/ penjaga pelajar supaya mengelakkan kesilapan dibuat.
  • Anda juga perlu tahu lokasi sekolah yang dipilih supaya memudahkan urusan untuk membuat pilihan.
  • Aliran yang dipilih juga perlu diteliti disamping sekolah yang hendak dipilih menerima kemasukan lelaki/ perempuan.

Semoga permohonan SBP tingkatan 1 anak anda Berjaya dan mereka dapat merasakan satu persekitaran pembelajaran yang baru dan positif demi kecemerlangan masa akan datang.

1 thought on “Permohonan SBP Tingkatan 1 2016”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top