Satu permohonan dibuka iaitu permohonan SBP untuk tingkatan 1 dan 4 untuk kemasukan tahun 2020. Permohonan dibuka bermula 27 Ogos sehingga 27 September 2019. Sekolah Berasrama Penuh merupakan sekolah terpilih yang menjalankan pemilihan serta tapisan dalam kemasukannya. Oleh demikian, pengajian di SBP lebih terancang dan lebih memberi kebaikan kepada pelajar.
Permohonan SBP
Pelajar Layak Permohonan SBP
Untuk pengetahuan, pelajar yang layak memohon ke SBP ini ialah pelajar tingkatan 1 dan 4 tahun depan 2020.
- Pelajar UPSR 2019
- Pelajar PT3 2019
Untuk membuat permohonan, pelajar perlu mengisi borang yang disediakan. Bagi pelajar yang masih kecil perlulah mendapat bantuan dari ibu bapa masing-masing.
Cara Mohon SBP tingkatan 1 dan 4
Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya
melalui laman sesawang berikut :
- Permohonan ke Tingkatan 1 SBP
www.sst1.moe.gov.my - Permohonan ke Tingkatan 4 SBP
www.sst4.moe.gov.my
Pemohon layak :
- Murid Tahun Enam 2019 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
- Murid Tingkatan Tiga 2019 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau
Sekolah Bantuan Kerajaan.
Cara Mohon :
Pergi ke laman web yang disediakan dan Pemohon hanya perlu memasukkan nombor angka giliran UPSR/PT3 dan
nombor mykid/mykad untuk mengakses sistem.
Sekiranya akses permohonan disekat, Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat
dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Sebarang perubahan maklumat yang sedia tertera di dalam sistem
permohonan bolehlah dibuat melalui APDM juga.
Syarat Pemilihan ke SBP
Pemilihan Murid Tingkatan 1:
Murid mestilah warganegara Malaysia.
Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
Murid cemerlang akademik
Murid aktif dalam kokurikulum.
Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4:
Murid mestilah warganegara Malaysia.
Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan.
Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran
dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
Murid aktif dalam kokurikulum.