Satu permohonan SBP Tingkatan 4 dibuka untuk kemasukan 2018 yang boleh diakses melalui laman rasmi permohonan SBP. Untuk perhatian pemohon, permohonan SBP tingkatan 4 ini dikhaskan kepada pemohon dari tingkatan 3 tahun 2017 yang telah mengambil peperiksaan PT3 baru-baru ini.


Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Fully Residential School merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (Menggantikan PMR mulai tahun 2014). Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar.
Hal Ini kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera. – Sumber
Permohonan SBP Tingkatan 4 Online
KPM telah memaklumkan dalam laman rasminya bahawa permohonan dibuka dari 13 november 2017 sehingga 24 Disember 2017.
Permohonan perlu dibuat di Laman rasmi permohonan SBP 2017 tingkatan 4 ( maklumat lanjut ) Sebelum membuat permohonan, pastikan permohonan telah dibuka melalui sebaran KPM menerusi laman rasmi KPM.
Syarat Permohonan SBP Tingkatan 4
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
- Murid aktif dalam kokurikulum.
Aliran Matapelajaran SBP Tingkatan 4
Sains Tulen
- BM
- BI
- Sejarah
- Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Sains Tulen Agama
- BM
- BI
- Arab
- Sejarah
- Matematik
- Al-Quran & Sunnah
- Syariah Islamiah
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
Agama Ikhtisas
- BM
- BI
- Arab
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Al-Quran & Sunnah
- Syariah Islamiah
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
Sains Teknikal
- BM
- BI
- Sejarah
- Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Lukisan Kejuruteraan
- Teknologi Kejuruteraan
Sains Sosial
- BM
- BI
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Islam / Pend. Moral
- Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
Sekolah SBP dan Penawaran Aliran


Sebelum membuat permohonan, pemohon juga perlu tahu sekolah yang menawarkan aliran seperti yang diminati. Mengikut data yang diterima dari laman rasmi Permohonan SBP, di Kuala Lumpur 2 sekolah, selangor 1, negeri sembilan 2, johor 1 dan terengganu 1.
Diharapkan permohonan anda berjaya dan mampu menjadikankehidupan anda lebih baik untuk masa akan datang.