Bagi pelajar lepasan UPSR nanti yang ingin membuat permohonan ke Sekolah Asrama Penuh bagi sesi 2012, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka permohonan kepada yang berminat dan layak.
Panduan Memohon
- Permohonan hendaklah diisi dengan bimbingan dan bantuan ibu bapa, pemohon tidak digalakkan mengisi sendiri permohonan.
- Permohonan perlu diisi dengan tepat dan betul
- Kesalahan mengisi adalah tanggungjawab pemohon dan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
- Selepas mengisi perlu menyemak permohonan dengan teliti sebelum dicetak. Sebarang kemaskini tidak dibenarkan selepas cetakan dibuat.
- Cetakan borang permohonan perlu dibuat 2 salinan yang mana salinan pertama dihantar kepada guru besar sekolah asal dan salinan kedua pula dihantar ke pengetua Seklah Berasrama Peuh yang dipilih. Setiap cetakan pula perlu ditandatangani oleh pemohon dan disahkan oleh guru besar.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui online dengan memasukkan angka giliran UPSR.
Klik sini untuk ke permohonan SBP tingkatan 1
Senarai Sekolah Berasrama Penuh
Untuk membuat permohonan perlu juga mengenalpasti sekolah berasrama penuh yang menjadi pilihan
Klik sini untuk melihat senarai-senarai sekolah berasrama penuh 2012
Tarikh tutup : 15 Oktober 2011
Semoga Berjaya
2 thoughts on “Permohonan Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 1 2012”
Saya suka masuk sekolah berasrama penuh sebab sekolah asrama banyak memberikan faedah kepada saya.
Umm, betul tu..nampaknya saya ada idea untuk menulis artikel tentang kelebihan dan kekurangan di asrama penuh. Terima kasih adik nur maizatul.