Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2015 Tingkatan 1

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Adakah anak anda berpotensi cemerlang dan anda inginkan mereka ke sekolah berasrama penuh? Permohonan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah sains tahun 2015 telah dibuka.

Permohonan berasrama penuh SBP ini adalah bagi pelajar yang akan masuk  tingkatan 1 tahun hadapan.

Sekolah berasrama penuh ini adalah sekolah yang menghimpunkan pelajar terpilih yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pelajar ini akan disediakan kemudahan pendidikan yang baik disamping pengaruh persekitaran dan persaingan dalam mencapai keputusan akademik dan komponen positif diri yang cemerlang.

Permohonan Sekolah berasrama penuh ini terdiri dari 2 jenis aliran Sains dan aliran agama, dibawah adalah maklumat mata pelajaran jenis aliran Sekolah Berasrama Penuh :

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2015 Tingkatan 1 1

SBP 2015

Untuk pemohon, calon boleh memilih samada untuk ke sekolah aliran sains atau aliran agama

Info Tambahan :  Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023

Lokasi Sekolah Berasrama Penuh

Untuk pengetahuan, sekolah berasrama penuh ada diseluruh Negara termasuk sabah dan Sarawak. Namun demikian bilangan sekolah ini di dalam sesebuah negeri adalah terhad. ( maklumat lanjut )

Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh

Bagi yang berminat untuk membuat permohonan ke SBP ini, anda boleh membuat permohonan :

http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/spat1_2015/log_masuk.cfm

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Oktober 2014

Sila pastikan Maklumat Angka Giliran yang digunakan sama seperti tercatat dalam slip pendaftaran UPSR 2014 anda.

Anda perlulah mendapat bimbingan ibu bapa untuk mengisi borang permohonan untuk mengelakkan kesalahan permohonan. Kesalahan permohonan boleh menggagalkan permohonan.

Info Tambahan :  Pelepasan Cukai 2023 untuk Pendeposit SSPN!

Pastikan anda merujuk panduan permohonan yang disediakan ( maklumat lanjut ) sebelum membuat permohonan.

Semoga permohonan anda ke Sekolah Berasrama penuh SBP Berjaya.

Leave a Reply