Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu permohonan sekolah berasrama penuh dibuka dan bakal berakhir penghujung disember ini. Permohonan sekolah berasrama penuh adalah bagi kemasukan tingkatan 4 iaitu bagi pelajar tingkatan 3 kini. Maklumat permohonan sekolah berasrama penuh ini adalah berdasarkan maklumat yang dikeluarkan di laman rasmi permohonan sekolah berasrama penuh tingkatan 4 dan permohonan bakal berkahir pada 30 Disember 2015 Sebelum anda membuat sebarang permohonan adalah lebih baik anda meneliti dahulu panduan permohonan yang disediakan. Permohonan adalah dibuat melalui online sistem permohonan sekolah berasrama penuh.

Maklumat Permohonan

Perkara

Maklumat

Nama Permohonan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4
Permohonan Ke tingkatan 4 tahun 2016
Pelajar terlibat Pelajar tingkatan 3 tahun semasa ( PT 3 Tahun 2015 )
Permohonan online https://sst4.moe.gov.my/
Panduan Permohonan https://sst4.moe.gov.my/panduan_2015.cfm
Tarikh Permohonan 1- 30 Disember 2015
Syarat Umum ·         Warganegara Malaysia ·         Lulus pemeriksaan doctor bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas dari penyakit kronik, lelah atau penyakit berjangkit ·         Bersetuju menerima Sekolah Berasrama penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetepakan ·         Bersetuju penuh semua peraturan
Syarat Kemasukan tingkatan 4 ·         Murid mestilah warganegara Malaysia; ·         Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan ·         Kelayakan akademik keputusan PT3 seperti berikut :- –          Memperoleh 7A atau 6A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3 2014. –          Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik –          Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing ditaksir secara ujian bertulis dan ujian lisan ; dan ·         Aktif dalam kokurikulum
Aliran dan nama sekolah SBP yang menawarkan pakej https://sst4.moe.gov.my/borang/ALIRAN_SBP_2015_T4.htm
Info Tambahan :  MYSTEP 2023: Guru Ganti Selangor, Kelantan, Perak & Sarawak

  Berikut ialah Pakej mata pelajaran tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh

Pakej SBP
Pakej SBP

Maklumat lanjut Permohonan

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut dan pertanyaan, anda dinasihatkan untuk merujuk terus Laman Rasmi permohonan atau terus merujuk Laman rasmi KPM.

1 thought on “Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2016”

  1. assalamualaikum….kenapa permohonan sbp tingkatan 4 2016 hanya 7 buah sekolah sahaja ditawarkan….dan mengapa 62 buah sbp lain tidak menawarkan pelajar tingkatan 4 yg baru pada 2016…mohon penjelasan pihak yg mengetahui sbb2 demikian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top