Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Untuk info dan sebaran, bagi ibu bapa yang mempunyai anak dalam kategori Murid berkeperluan Khas MBK dan ingin menghantar anak mereka ke Sekolah Pendidikan Khas bolehlah membuat permohonan hari ini melalui online.

Permohonan yang dibuka kini adalah bagi permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 Sekolah Pendidikan Khas 2016. Permohonan Online dibuka mulai hari ini 27 Julai sehingga 12 september 2015.

Syarat Permohonan Tingkatan 1

Tingkatan 1 (Kurang Upaya Pendengaran) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang

  • Warganegara Malaysia
  • Murid yang telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas
  • Menduduki UPSR/tamat Tahun 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
  • Menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Pengurusan tingkah laku mengikut penilaian pihak sekolah

Tingkatan 1 (Kurang Upaya Penglihatan) Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak

  • Warganegara Malaysia
  • Murid yang telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas
  • Menduduki UPSR/tamat Tahun 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
  • Menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Pengurusan tingkah laku mengikut penilaian pihak sekolah

Syarat Permohonan Tingkatan 4

  • Warganegara Malaysia
  • Murid yang telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas
  • Pemohon berumur 16 atau 17 tahun pada tahun 2016.
  • Lulus Minimum 2 Mata Pelajaran Teras dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Semasa/Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Penilian Tingkatan 3 (PT3)

Lokasi Pembelajaran Tingkatan 4

SMPKV Kuantan - Kredit foto SMPKVKuantan.blogspot.com
SMPKV Kuantan – Kredit foto SMPKVKuantan.blogspot.com

Secara keseluruhan, permohonan sekolah Pendidikan Khas  tingkatan 4 adalah di tetapkan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas vokasional, seperti dibawah :

  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor (Asrama)
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai, Johor (Asrama)
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang (Asrama)
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang (Asrama)
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur (Asrama)
  • Kolej Vokasional Keningau, Sabah

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, anda digalakkan merujuk Iklan Penuh untuk maklumat lanjut permohonan.

Kesukaran yang diterima bukanlah satu halangan kerana rezeki Allah sentiasa ada pada mereka yang sentiasa berusaha. Ramai insan istimewa diluar sana yang berjaya. Hal ini kerana kejayaan tidak pernah memilih siapa yang diingini, sebaliknya kejayaan hadir pada mereka yang sendiri memilihnya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

1 COMMENT

  1. Kepada Tuan/Puan,
    Saya ingin bertanya tentang syarat dan calon sekolah yang memberi permohonan sekolah pendidikan khas berasrama penuh (masuk tingkatan 1) bagi (kategori masalah pembelajaran/down sindrom ). Terima kasih ya~

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here