Permohonan Sekolah Seni Malaysia SSEM KPM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Sekolah Seni Malaysia SSEM KPM 2012 1
KPM

Maklumat sekolah seni ini mungkin baru diketahui umum, satu peluang dibuka untuk pelajar Lepasan UPSR tahun 2012 nanti. Kemasukan adalah memenuhi tingkatan satu Sekolah Seni Malaysia dibawah Kementerian Pelajara KPM. Sesi pembelajaran akan bermula pada Januari 2013 menggunakan konsep sama seperti sekolah berasrama penuh yang mana lebih member pengkhususan kepada hal-hal pendidikan serta karya seni seperti seni visual, seni teater, seni tari dan seni muzik.

Lokasi sekolah seni adalah seperti Sekolah seni Kuala Lumpur, Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Konsep Sekolah Seni

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan  menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

 Misi

  • Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
  • Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian
  • Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan di Sekolah Seni adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang.

Pengambilan Murid

Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Ambilan utama terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1. Walaupun begitu ambilan juga dibuka bagi kemasukan di peringkat pengajian Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 atas keperluan kes-kes tertentu.

Syarat Memohon

Bagi yang berminat, syarat dibawah adalah perlu dipenuhi :

  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut: (seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
  • Tidak Cacat
  • Lulus Uji Bakat
  • Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
Info Tambahan :  Biasiswa Jepun MEXT 2023: Semua yang Anda Perlu Tahu

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan boleh ke aplikasi online yang disediakan :

Aplikasi Online Permohonan Sekolah Seni Malaysia

Tarikh tutup permohonan : 15 Julai 2012

Maklumat lanjut :

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

1. En. Romai Noor bin Rabbu 03-88721647

Email : [email protected]

2. En. Abdul Haleem bin A. Rahman 03-88721620

Email : [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top