Mungkin ramai tercari-cari permohonan sekolah sukan Malaysia. Kami ada banyak juga pertanyaan bagaimana memohon dan ada juga pemohon yang langsung tidak tahu lebih lanjut mengenai kewujudan sekolah sukan ini. Kesedaran menghantar anak ke sekolah sukan ini mungkin dengan kesedaran peluang-peluang cerah kerjaya melalui apa yang berlaku selepas sukan olimpik RIO baru-baru ini.
Seorang atlit yang berjaya pastinya mendapat ganjaran dan peluang kerjaya yang cerah melalui pengorbanan yang dilakukan. Namun demikian, kelahiran atlit semestinya bermula dari zaman sekolah mereka untuk itu dengan melalui sekolah sukan secara tidak langsung ia memberikan lebih kemudahan dan keseimbangan dengan akademik sesorang penuntut.
Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.
Cara permohonan Sekolah Sukan Malaysia
Untuk memohon, pemohon perlulah menunggu tarikh permohonan dibuka. Setiap tahun 2 kali permohonan dibuka iaitu kemasukan JUN dan Kemasukan Januari.
Penting : Permohonan sekolah sukan ini tidak dibuat secara terbuka, permohonan hanya boleh dilakukan oleh organisasi tertentu berkaitan sukan dengan menggunakan konsep pencalonan.
Organisasi akses memohon dan pencalonan ialah Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN).
update : Permohonan dibuka untuk sesi Januari 2018
Untuk membuat permohonan, terlebih dahulu perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan dan mengisi permohonan secara online di :
Aplikasi Permohonan Online Sekolah Sukan
Menurut Laman rasmi KPM, terdapat 3 peringkat kemasukan ke sekolah sukan iaitu :
Pelajar Sekolah Rendah ( Tahun 5 dan tahun 6 )
Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.Pengambilan atlet murid sekolah rendah ke SSM adalah berdasarkan keperluan sukan teras negara.
Pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 – 5 )
Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.
Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C di peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.
Program Prauniversiti
Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa terdekat. Cara memohon adalah secara online di laman web KPM. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut :
Syarat-syarat Am Kemasukan
- Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
- Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
- Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
- Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.
Syarat Khas Kemasukan
Jenis sukan Di sekolah sukan
Jadual harian di Sekolah sukan
Kerap juga kami ditanya bagaimana corak pembelajaran dan latihan di sekolah sukan, hasil dari perkongsian rakan kami mungkin maklumat dibawah dapat memberi gambaran :
Masa | Aktiviti |
6.30 – 8.30 pagi | Latihan sukan |
9.30 – 9.30 pagi | Sarapan pagi |
9.30 – 2.30 petang | Kelas akademik |
2.30 – 3.00 petang | Makan tengahari |
3.30 – 7.00 petang | Latihan petang |
8.00 – 8.30 malam | Makan malam |
8.30 – 10.00 malam | Kelas persediaan |
10.00 – 10.30 malam | Minum malam |
11.00 malam | Tidur |
asslm..nak tya ..sy nak buat pemohonan tuk ank sy masuk ke tgktn 1.masih ada kekosongan lg ke?mcna nak memohon ye?
salam cik saya berumur 15 tahun dan menceburi sukan dalam bidang bola tampar wanita.saya pernah mewakili sampai peringkat negeri.layakkah masuk ke sekolah sukan selepas pt3?
Macam mana nak reg masuk sekolah sukan…
Salam sejahtera..anak saya yang berumur 15 tahun sangt aktif dan berminat dengan sukan Bola sepak sejak di Sekolah rendah lagi. Di sekolah dia mewakili Sekolah ke peringkat daerah.Dia juga aktif mengikuti acara sukan di sekolah dalam acara lorong 100M,200M dan 400M. Namun bakat dia lebih kepada bola sepak.Baru-baru ni dia ada suarakan untuk memohon pindah Sekolah ke Sekolah Sukan Sabah untuk pengambilan tahun 2019.Bagaimana hendak membuat permohonan?
Nama saya Love Valentina Almodiel , saya berumur 12 (2019 )saya ingin masuk ke sekolah sukan kerana saya amat meminati bidang sukan iaitu olahraga ,saya mohon utk memasukkan saya ke sekolah sukan pada tahun ini atau tahun hadapan
Assalam,mohon mengambil saya ke sekolah sukan pada tahun hadapan.
nama saya muhammad amir, sy umur 15, sy mewakili ragbi peringkat negeri,mcm mn sy mahu mohon sekolah tersebut.
Blhkahh lepasan f5 (18) masuk sbb ank buah saya sgt meminati sukan badminton
Assalammualaikum.Name saya Noor Ratha Khaiezna binti Muhammad Ramu.Saya pernah menjadi olahragawati selama 3tahun.oleh itu saya mohon mengambil saye ke sekolah sukan negara.
Assalamualaikum,saya skrg form 2,saya ingin memasuki sekolah sukan dalam permainan badminton,persoalannya,saya ingin membuat pemohonan kemasukan sekolah sukan semasa saya form4.boleh ke masuk semasa saya form 4
Waalaikumussalam, sbnrnya kami pernah tulis tentang ini..boleh baca di https://www.xpresi.org/proses-borang-permohonan-sekolah-sukan/
Anak saya meminati sukan bola jaring dan mewakili mssd penampang ke bahagian selama 2 tahun berturut turut .juga merupakan atlit lari berpagar dan olahraga wati sekolah
Saya berumur 15 tahun dan saya ingin pergi ke sstmi.saya bermain dalam sukan ragbi .saya pernah pergi ke peringkat kebansaan dan daerah
Saya berumur 14,saya bersekolah di smk putatan,sabah. Saya sangat berminat degan sukan ragbi. Saya ingin membuat permohonan untuk memasuki sekolah sukan BUKIT JALIL
As.salam ….tahun ni ank saya tingkatan 1 dan dia berminat pada sukan larian.Ank saya pernah mewakili sekolh peringkat mssd …beliau pernah mendapat olaharagawati ….mohon mengambil ank saya ke sekolah sukan pada tahun hadapn …macam mana cara untuk memohon sekolah sukan..
ASSALAMUKALIKUM SAYA SANGAT BERMINAT UNTUK MEMASUKI SEKOLAH SUKAN ….. KERANA SAYA NAK ASASKAN LAGI BAKAT SAYA DALAM BIDANG LARIAN DAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MATLAMAT SAYA DALAM HIDUP …. SAYA HARAP …. SAYA DITERIMA MASUK KE SEKOLAH SUKAN ….
nak tanya sukan pingpong memang tak de ke dalam sekolah sukan malaysia sabah? anak nak masuk sekolah sukan tapi tak de sukan pingpong.
assalamualaikum , sy Natasha Haimy dari sekolah SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG SABAH , tahun ini sy berumur 16 , sy berbakat dalam sukan hoki , sy pernah mewakili dlm MSSS 2017 , team kmi mendapat nombor 3 keseluruhan . Posisi sy kepper , sy pernah menjadi kepper hoki antara yg 5 terbaik d sabah , sy mohon sy dpt masuk ke sekolah sukan pada tahun ini
Boleh x anak saya memasuki ke sekolah sukan pada tahun hadapan, sebab anak saye pernah mewakili sekolah 3 tahun berturut-turut dalam sukan bola sepak ketika sekolah rendah, dia berumur 15 tahun pada tahun ini dan 16 tahun pada tahun hadapan, saya harap anak saya layak memasuki sekolah sukan
Assalammualaikum…saya mohamad Alif bin azizi ingin masuk ke sekolah sukan ini kerana saya mempunyai banyak pengalaman bersukan seperti bola sepak dan lontar peluru serta mewakili sekolah. jadi tolonglahh terima saya untuk memasuki sekolah ini kerana saya ingin mengharumkan nama Malaysia
apa id dan password . tiada di nyatakan di artikel
Assalamualaikum saya siti ayuni berumur 13 tahun saya minat nak masuk sekolah sukan dan sya pernah wakai sekolah mssd dan wakai rumah sukan saya nk masuk lari sebb saya minat olahraga mohon sya dapat masuk amin
Assalamualaikum
Mohon ambil saye ke sekolah sukan. Saye sudah mewakili mssj pada pertandingan sepak takraw dan saye mewakili daerah kota tinggi
Asslm,sy Aiman Hakimi,berumur 15 thn,bagaimana cara utk mendaftar sekolah sukan.Ketika sy berumur 12 thn sy pernah mewakili daerah dlm bidang bola sepak.Ketika sy berumur 15 thn,sy hanya mewakili sekolah sahaja,tapi sy sgt minat dlm bidang bola sepak,sy ingin masuk sekolah sukan utk thn 2018,hrp-hrp sy dapat masuk sekolah sukan,kerana sy ingin mengharumkan pasukan bola sepak Malaysia yg sekarang ini sedang merosot,sy hrp sy dpt masuk sekolah sukan
Lepas dh masuk laman web tu dia suruh bagi id dengan kata laluan mcm mana nk buat. Tolong reply
cuba rujuk artikel, pemohonan menggunakan kaedah pencalonan dari institusi tertentu.
Saya Muhammad izzul azim umur saya 14 tahun.saya hendak masuk pada tahun 2018.saya meceburi bidang berbasikal sejak tahun 6.saya sudah banyak kali mewakili negeri sembilan untuk junior cycling Malaysia bagai mana hendak masuk sekolah sukan Malaysia terengganu
Rujuk artikel, permohonan menggunakan kaedah pencalonan institusi berkaitan.
dimana saya mau memohon sekola sukan ?. tahun ini untuk sukan ohlaraga sudah sampai ke Negeri dan taekwondo kebangsaan
Permohonan mengikut kaedah pencalonan oleh institusi tertentu, boleh cuba ke JPN untuk berbincang soal pencalonan ni.
Saya Muhammad izzul asyraf mahu memohon sekolah sukan . bagaimana saya hendak memohon . saya ingin menjadi atlit berbasikal negara . oleh saya berminat untuk masuk ke sekolah sukan. Saya berbasikal Dari darjah 6. Saya pernah mewakili negeri dalam junior cycling Malaysia.
Untuk memohon boleh cuba hubungi dan memohon di https://spassm.moe.gov.my/
saya ingin memohon untuk thun hadapan 2018 . saya berbakat dlm bidang bola sepak,larian dan rugby . saya kini berumur 13 tahun . mcm mna nak buat permohonan ye .
Asalamualaikum…bagaimanakah saya ingin memohon sekolah sukan bgi tahun 2018?
Assalamualaikum anak saya aktif dlm bolajaring dan olahraga dah masuk dlm negeri pun.macam mana nak mohon ya