Permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Sekolah Sukan
Sekolah Sukan

Mungkin ramai tercari-cari permohonan sekolah sukan Malaysia. Kami ada banyak juga pertanyaan bagaimana memohon dan ada juga pemohon yang langsung tidak tahu lebih lanjut mengenai kewujudan sekolah sukan ini. Kesedaran menghantar anak ke sekolah sukan ini mungkin dengan kesedaran peluang-peluang cerah kerjaya melalui apa yang berlaku selepas sukan olimpik RIO baru-baru ini.

Seorang atlit yang berjaya pastinya mendapat ganjaran dan peluang kerjaya yang cerah melalui pengorbanan yang dilakukan. Namun demikian, kelahiran atlit semestinya bermula dari zaman sekolah mereka untuk itu dengan melalui sekolah sukan secara tidak langsung ia memberikan lebih kemudahan dan keseimbangan dengan akademik sesorang penuntut.

Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.

Cara permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Untuk memohon, pemohon perlulah menunggu tarikh permohonan dibuka. Setiap tahun 2 kali permohonan dibuka iaitu kemasukan JUN dan Kemasukan Januari.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Penting : Permohonan sekolah sukan ini tidak dibuat secara terbuka, permohonan hanya boleh dilakukan oleh organisasi tertentu berkaitan sukan dengan menggunakan konsep pencalonan.

Organisasi akses memohon dan pencalonan ialah Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN).

update : Permohonan dibuka untuk sesi Januari 2018

Untuk membuat permohonan, terlebih dahulu perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan dan mengisi permohonan secara online di :

Aplikasi Permohonan Online Sekolah Sukan

Menurut Laman rasmi KPM, terdapat 3 peringkat kemasukan ke sekolah sukan iaitu :

Pelajar Sekolah Rendah ( Tahun 5 dan tahun 6 )

Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.Pengambilan atlet murid sekolah rendah ke SSM adalah berdasarkan keperluan sukan teras negara.

 Pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 – 5 )

Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C di peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.

 Program Prauniversiti

Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa terdekat. Cara memohon adalah secara online di laman web KPM. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut :

Syarat-syarat Am Kemasukan

  • Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.

Syarat Khas Kemasukan

Syarat Khas Permohonan Sekolah Sukan
Syarat Khas Permohonan Sekolah Sukan

Jenis sukan Di sekolah sukan

Jenis Sukan
Jenis Sukan

Jadual harian di Sekolah sukan

Kerap juga kami ditanya bagaimana corak pembelajaran dan latihan di sekolah sukan, hasil dari perkongsian rakan kami mungkin maklumat dibawah dapat memberi gambaran :

Masa Aktiviti
6.30 – 8.30 pagi Latihan sukan
9.30 – 9.30 pagi Sarapan pagi
9.30 – 2.30 petang Kelas akademik
2.30 – 3.00 petang Makan tengahari
3.30 – 7.00 petang Latihan petang
8.00 – 8.30 malam Makan malam
8.30 – 10.00 malam Kelas persediaan
10.00 – 10.30 malam Minum malam
11.00 malam Tidur

 

96 thoughts on “Permohonan Sekolah Sukan Malaysia

  1. asslm..nak tya ..sy nak buat pemohonan tuk ank sy masuk ke tgktn 1.masih ada kekosongan lg ke?mcna nak memohon ye?

  2. salam cik saya berumur 15 tahun dan menceburi sukan dalam bidang bola tampar wanita.saya pernah mewakili sampai peringkat negeri.layakkah masuk ke sekolah sukan selepas pt3?

  3. Salam sejahtera..anak saya yang berumur 15 tahun sangt aktif dan berminat dengan sukan Bola sepak sejak di Sekolah rendah lagi. Di sekolah dia mewakili Sekolah ke peringkat daerah.Dia juga aktif mengikuti acara sukan di sekolah dalam acara lorong 100M,200M dan 400M. Namun bakat dia lebih kepada bola sepak.Baru-baru ni dia ada suarakan untuk memohon pindah Sekolah ke Sekolah Sukan Sabah untuk pengambilan tahun 2019.Bagaimana hendak membuat permohonan?

  4. Nama saya Love Valentina Almodiel , saya berumur 12 (2019 )saya ingin masuk ke sekolah sukan kerana saya amat meminati bidang sukan iaitu olahraga ,saya mohon utk memasukkan saya ke sekolah sukan pada tahun ini atau tahun hadapan

  5. nama saya muhammad amir, sy umur 15, sy mewakili ragbi peringkat negeri,mcm mn sy mahu mohon sekolah tersebut.

  6. Assalammualaikum.Name saya Noor Ratha Khaiezna binti Muhammad Ramu.Saya pernah menjadi olahragawati selama 3tahun.oleh itu saya mohon mengambil saye ke sekolah sukan negara.

  7. Assalamualaikum,saya skrg form 2,saya ingin memasuki sekolah sukan dalam permainan badminton,persoalannya,saya ingin membuat pemohonan kemasukan sekolah sukan semasa saya form4.boleh ke masuk semasa saya form 4

  8. Anak saya meminati sukan bola jaring dan mewakili mssd penampang ke bahagian selama 2 tahun berturut turut .juga merupakan atlit lari berpagar dan olahraga wati sekolah

  9. Saya berumur 14,saya bersekolah di smk putatan,sabah. Saya sangat berminat degan sukan ragbi. Saya ingin membuat permohonan untuk memasuki sekolah sukan BUKIT JALIL

  10. As.salam ….tahun ni ank saya tingkatan 1 dan dia berminat pada sukan larian.Ank saya pernah mewakili sekolh peringkat mssd …beliau pernah mendapat olaharagawati ….mohon mengambil ank saya ke sekolah sukan pada tahun hadapn …macam mana cara untuk memohon sekolah sukan..

  11. ASSALAMUKALIKUM SAYA SANGAT BERMINAT UNTUK MEMASUKI SEKOLAH SUKAN ….. KERANA SAYA NAK ASASKAN LAGI BAKAT SAYA DALAM BIDANG LARIAN DAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MATLAMAT SAYA DALAM HIDUP …. SAYA HARAP …. SAYA DITERIMA MASUK KE SEKOLAH SUKAN ….

  12. nak tanya sukan pingpong memang tak de ke dalam sekolah sukan malaysia sabah? anak nak masuk sekolah sukan tapi tak de sukan pingpong.

  13. assalamualaikum , sy Natasha Haimy dari sekolah SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG SABAH , tahun ini sy berumur 16 , sy berbakat dalam sukan hoki , sy pernah mewakili dlm MSSS 2017 , team kmi mendapat nombor 3 keseluruhan . Posisi sy kepper , sy pernah menjadi kepper hoki antara yg 5 terbaik d sabah , sy mohon sy dpt masuk ke sekolah sukan pada tahun ini

  14. Boleh x anak saya memasuki ke sekolah sukan pada tahun hadapan, sebab anak saye pernah mewakili sekolah 3 tahun berturut-turut dalam sukan bola sepak ketika sekolah rendah, dia berumur 15 tahun pada tahun ini dan 16 tahun pada tahun hadapan, saya harap anak saya layak memasuki sekolah sukan

  15. Assalammualaikum…saya mohamad Alif bin azizi ingin masuk ke sekolah sukan ini kerana saya mempunyai banyak pengalaman bersukan seperti bola sepak dan lontar peluru serta mewakili sekolah. jadi tolonglahh terima saya untuk memasuki sekolah ini kerana saya ingin mengharumkan nama Malaysia

  16. Assalamualaikum saya siti ayuni berumur 13 tahun saya minat nak masuk sekolah sukan dan sya pernah wakai sekolah mssd dan wakai rumah sukan saya nk masuk lari sebb saya minat olahraga mohon sya dapat masuk amin

  17. Assalamualaikum
    Mohon ambil saye ke sekolah sukan. Saye sudah mewakili mssj pada pertandingan sepak takraw dan saye mewakili daerah kota tinggi

  18. Asslm,sy Aiman Hakimi,berumur 15 thn,bagaimana cara utk mendaftar sekolah sukan.Ketika sy berumur 12 thn sy pernah mewakili daerah dlm bidang bola sepak.Ketika sy berumur 15 thn,sy hanya mewakili sekolah sahaja,tapi sy sgt minat dlm bidang bola sepak,sy ingin masuk sekolah sukan utk thn 2018,hrp-hrp sy dapat masuk sekolah sukan,kerana sy ingin mengharumkan pasukan bola sepak Malaysia yg sekarang ini sedang merosot,sy hrp sy dpt masuk sekolah sukan

  19. Saya Muhammad izzul azim umur saya 14 tahun.saya hendak masuk pada tahun 2018.saya meceburi bidang berbasikal sejak tahun 6.saya sudah banyak kali mewakili negeri sembilan untuk junior cycling Malaysia bagai mana hendak masuk sekolah sukan Malaysia terengganu

  20. dimana saya mau memohon sekola sukan ?. tahun ini untuk sukan ohlaraga sudah sampai ke Negeri dan taekwondo kebangsaan

  21. Saya Muhammad izzul asyraf mahu memohon sekolah sukan . bagaimana saya hendak memohon . saya ingin menjadi atlit berbasikal negara . oleh saya berminat untuk masuk ke sekolah sukan. Saya berbasikal Dari darjah 6. Saya pernah mewakili negeri dalam junior cycling Malaysia.

  22. saya ingin memohon untuk thun hadapan 2018 . saya berbakat dlm bidang bola sepak,larian dan rugby . saya kini berumur 13 tahun . mcm mna nak buat permohonan ye .

  23. Assalamualaikum .. saya baru 13 tahun .. saya berminat untuk memasuki sekolah sukan .. saya pernah mewakili sekolah dalam acara bola sepak dan untuk club saya .. saya lulus dalam peperiksaan upsr .adakah saya akan dia masukkan ke sekolah sukan bukit jalil jika saya membuat permohonan

  24. Salam sejahtera.saya ingin memasuki Sekolah Sukan.Bagaimana hendak memasuki Sekolah Sukan terse but.Boleh bagi informasi??

        1. Sebelum ni sepanjang masa..tapi kne hubungi pihak Sekolah sukan yang terdekat. Pastikan aktif sukan n ada sokongan aktif sukan dari rekod sukan sebelumnya.

      1. sy menceburi sukan memanah….sy berhasrat untuk masuk ke sekolah sukan malaysia pahang….sy sekarang bersekolah di mrsm alor gajah….sy sering mewakili negeri ke peringkat kebangsaan…sy pernah pergi ke peringkat international….iaitu…USM international open

      1. Assalamualaikum…sy nk tanya kalau dh habis sekolah tingakatan 5 pada tahun 2015 bleh tak kalau nak masuk sekolah sukan ni

  25. mcm mn nak masuk sekolah sukan ni ye.anak sy skrg darjah 6.beliau minat acara lari,hoki,basikal dan bola sepak.tahun 2017 beliau olahragawan sekolah.wakil daerah jg utk hoki.blh bg respon x

  26. Saya berumur 10 tahun. Tetapi Saya baca diatas hanya tahun 5 Dan 6 sahaja. Mohon mengambil Saya untuk memasuki sekolah sukan tahun depan Saya amat berminat sukan batminton. Adakah sesuai Saya memasuki sekolah sukan.

  27. Anak saya Fikri Solihin berminat utk masuk ke sekolah sukan pd tahun hadapan 2018..beliau pernah mewakili daerah zon hulu selangor dlm permainan bolasepak dn olahraga mewakili daerah. Dgn doa dn harapan dpt dpertimbangkan.

  28. As Salam…tahun ini anak saya tingkatan 1 & dia berminat pada sukan larian serta bola baling. Boleh saya memohon masuk sekolah sukan pada tahun depan ?
    Macam mana cara untuk memohonnya. Sekian, Terima Kasih

  29. Mohon mengambil saya ke sekolah sukan pada tahun hadapan kerana saya pernah mewakili sekolah dalam acara bola sepak peringkat MSSD

    1. saya rasa boleh…sebab anak saya semua sekolah sukan ..ada kawan dia warga thailand . anak encik sukan apa ? contact dengan sekolah sukan contohnya sekolah sukan malaysia sekolah sukan tunku mahkota ismail minta nombor coach berhubung terus dengan coach.

  30. Anak saya berusia 14 tahun (tingkatan 2). Ketika dia di tahun 5 dia mendapat anugerah Olahragawan Harapan tahun 2014 dan anugerah Olahragawan pada tahun 2015 untuk tahun 6. Dan pada Mei 2017 dia mendapat anugerah Olahragawan kelas 3 (untuk bawah 15 tahun). Anak saya begitu bermiant untuk menyertai sekolah sukan. Saya berharap anak saya akan diterima , bagaimanakah cara-caranya dan bilakah saya boleh memohon?

  31. Assalamualaikum .. saya baru 13 tahun .. saya berminat untuk memasuki sekolah sukan .. saya pernah mewakili sekolah dalam acara bola sepak dan untuk club saya .. saya lulus dalam peperiksaan upsr ..

  32. mohon mengambil saya ke sekolah sukan ..saya pernah bermain mewakili negeri mssm dalam bidang bola sepak .. saya ingin mencapai cita cita saya ..hajat saya mahu menolong ibu bapa saya

  33. Salam…anak saya skrg tahun 6…2 tahun berturut2 mewakili n.sembilan ke kebangsaan dlm permainan hoki…adakah saya berpeluang utk menerjskan bakat nye ke tahap yang lbh tinggi..bagaimana jika saya berminat utk menghantar dia ke sekolah sukan..ape yg perlu saya buat…t.kasih cik…sekarang dia di tahun 6 sk st.paul serwmban negeri sembilan

  34. mohon saya untuk masuk ke sekolah sukan pahang.saya menpuyai bakat bola sepak daerah negeri terengganu

  35. apakah? syarat2 kemasukan ke sekolah sukan malaysia terengganu..
    anak saya sangat berminat dalam sukan hoki dan badminton

  36. Assalamualaikum, sy amat berminat dlm sukan berbasikal . Saya nk skolh sukan sbb nk training bersama ii kerana di rumh sy training tidk ada pengawasan ibu/bapa..thun dpn sy nk msuk skolh sukan ..

  37. saya dari sekolah menengah kebangsaan taman seri saujana kota tinggi johor . saya ingin memasuki sekolah sukan kerana saya mempunyai bakat dalam permainan bola jaring dalam posisi penjaring dan penghadang . tahun ini saya form 3 . saya ingin memasuki selepas pt3 .

  38. anak saya belajar di SJKT Serdang, Selangor dalam Tahun 6. Dia dapat anugerah Olahragawan sekolah pada tahun ini. Dia juga pernah mewakili sekolah dan mengambil bahagian di luar sekolah. Bolehkah anak saya memohon untuk memasuki Sekolah sukan untuk tahun hadapan/

  39. saya mahu mohon sekolah sukan untuk tahun ini saya penah mewakili daerah dalam sukan bola sepak dan juga olahraga pada tahun lepas dan saya akan mewakili daerah sepang dalam kejohanan bola sepak mss selangor 2017

  40. Saya aktif dalam rugby, bola baling, bola sepak, larian & bola tampar… Selalu terpilih untuk wakil sekolah & daerah.
    Tahun ini bakal menghadapi peperiksaan UPSR… Saya bersekolah di SKCI (Sekolah Kebangsaan Cheras Indah) Bagaimana cara untuk saya mohon Sekolah Sukan ini ?? Saya betul2 berminat untuk ke Sekolah Sukan ini…

  41. saya berminat sangat-sangat menghantar adik saya ke sekolah sukan,,, kerana Sya tau yg adik saya ada bakat menjadi seorang pemain bola yg amat baik,. baru2 ini,, adik saya telah mengikuti ujibakat mencari Ramli musim ke6 yg di adakan d padang mini Likas kota Kinabalu Sabah,,,, adik Sya dpt ke saringan akhir,,dan bertuah terpilih 20 org yg terbaik,,,,dia mewakili sekolah beliu bermain bola sepak,,,dan terpilih jga sebagai pemain daerah,,,jadi saya harap tuan puan,,, dapat meluluskan pemohonan adik saya masuk ke sekolah sukan,,,dari sya… mhucapkan trima kasi

  42. assallamualaikum.. ank sy minat dan aktif bersukan.. sekarang ank sy berada di sek pld tanjong karang dlm sukan bole sepak sebagai pertahanan.. dan bnyak kali menyertai game luar dan sek peringkat daerah.. bole kah ank sy memohon sek sukan ini.. terima kasih.. kerana ank sy nk sangat masuk sek sukan.. tq

  43. Sy berumur 14 thn, sy mohon untuk memasuki sekolah sukan (ssbj) dalm ketegeri taekwondo . Tp sy baca di atas ,kategeri taekwondo x dimasukkan . Sy pernah mewakili sekolah dlm peringkat antabangsa . Sy menang pingat gangsa , sy mohon untk msuk ke ssbj pd tahun depan . Bolehkah??

  44. SELAMAT PETANG, MACAM MANA HENDAK MEMOHON UNTUK MASUK KE SEKOLAH SUKAN INI. ANAK SAYA BERMINAT DAN AKTIF DALAM SUKAN DI SEKOLAH DAN SELALU MEWAKILI SEKOLAH UNTUK PERTANDINGAN BOLA SEPAK.

  45. Anak.saya berumur 15 thn
    Bersek.di smkp pasir gudang..bwh pld..
    Bermain bhgn pertahanan..dia berminat msj sek sukan..mcmana cr nk mohon

  46. saya nk masuk skolah sukan.. saya pernah mewakili sekolah dan daerah dalam permain bola tampar dan badminton di sekolah..

  47. saya nak masuk sekolah sukan . Saya selalu ambil acara olahraga . Saya teringin masuk sekolah sukan .

  48. Ambil saya

    Saya aktif dalam sukan di padang. Saya mewakili sekolah dan daerah. Saya hebat dalam sukan BOLA SEPAK dan RUGBI.

  49. Assalamualaikum….
    Saya amat berminat dalam aktiviti bersukan seperti olahraga dan saya harap saya dipilih untuk layak masuk ke sekolah sukan kuala terengganu untuk berlatih lebih gigih kerana ingin mencapai cita2 saya untuk menjadi seorang atlet olahragawan dunia….

    1. Saye harap dapat masuk…saya aktif dalam
      bidang sukan…seperti dalam sukan BOLA SEPAK dan LUMBA BASIKAL…saye harap dapat..terpulang kepada pihak berkuasa…

  50. pada tahun ini , anak saya menduduki UPSR . dia pernah mewakili daerah dalam acara olahraga . tetapi dia tidak masuk apa apa acara . adakah anak saya boleh memasuki sekolah sukan ini ?

  51. Assalam. Ade lgi x kekosongn yg boleh sye msok dlm skolh sukan ni? Sye berminat sngt dngn skolh sukan. Sye mahu hajat ibu bapa sye trcapai. Tlong sye .. Insha allah . Allah akn mnolong kamu juga.. Sye sngt srs dlm bersukan . Jiga ada lgi kkosongn tlong dm dngn sye.

  52. anak saya sangat berminat dengan sukan sepak takraw . pernah mewakili daerah petaling perdana. macam mana saya ingin memohon supaya anak saya boleh masuk ke sekolah ini . beliau berumur 15 tahun

  53. Macamana nak mohon untuk anak saya mendapat sekolah sukan pada tahhn 2018.. Beliau sungguh berminat dlm olahraga. Dn pernah mendapat sijil.

  54. anak saye aktif dlm seni silat dan pernah mewakili daerah ke pringkat negeri…tetapi kenapa tiada didlm list..sdgkan seni silat adalah seni mempertahankan diri orng2 melayu…dan telah terkenal diperingkat global

  55. Tolong inform saya bila dan di mana ada talent scouting untuk kemasukan tingkatan 1 tahun 2017. Anak saya berminat acara olahraga.

Leave a Reply to Sharifah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *