Permohonan Sijil, Diploma di Institut Kraf Negara 2014

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

IKN

Bagi yang berminat dengan pengajian yang melibatkan seni kreatif kraf, satu permohonan telah dibuka untuk kursus-kursus sijil dan diploma. Kursus ini sesuai bagi membantu melahirkan tenaga professional dalam industri kraf dan mereka yang memandang serius dalam dunia perniagaan seni kraf. Oleh demikian, Institut Kraf Negara menjemput calon-calon yang berkelayakan memohon mengikuti program pengajian seperti berikut :

DIPLOMA

  • Seni Kraf Batik
  •  Seni Kraf Tenunan
  •  Seni Kraf Seramik
  • Seni Kraf Logam
  • Seni Kraf Kayu
  • Seni Kraf Rotan & Buluh

SIJIL

  • Seni Kraf Batik
  • Seni Kraf Tenunan
  • Seni Kraf Seramik
  • Seni Kraf Logam
  • Seni Kraf Kayu
  • Seni Kraf Rotan & Buluh

TEMPOH PENGAJIAN

  • Program Diploma – Tiga (3) Tahun – 6 Semester
  • Program Sijil – Dua (2) Tahun – 4 Semester

SYARAT AM

  • Warganegara Malaysia
  •  Berumur antara 18 – 25 tahun
  • Berminat dan berbakat dalam bidang kraf

SYARAT DIPLOMA

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) atau sijil yang setaraf dengannya dan mendapat KEPUJIAN  dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Seni dan tiga (3) mata  pelajaran lain.

SYARAT SIJIL

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) atau sijil yang setaraf dengannya dan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, serta dua (2) mata pelajaran lain.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  • Bengkel Latihan Mesin dan Peralatan
  • Asrama Kafeteria
  •  Perpustakaan Makmal Komputer
  • Sukan dan Rekreasi Perlindungan Insurans Berkelompok
  •  Wi­fi

AKTIVITI KO-KURIKULUM

  • Seni Mempertahankan Diri
  •  Kebudayaan
  •  Sukan

PELAJAR TAJAAN

Syarikat atau agensi yang ingin menaja anggota kerja mereka mengikuti latihan kemahiran adalah digalakkan untuk turut serta.

GERBANG KERJAYA

  • Para lulusan yang memperoleh Sijil dan Diploma dalam bidang kraf  berpeluang meneruskan kerjaya sebagai usahawan muda, penyelia  bengkel kraf, guru seni kraf, pereka / pelukis atau pembantu kurator.
  • Para lulusan juga berpeluang untuk meneruskan pengajian seni ke  peringkat Ijazah di Institut Pengajian Tinggi Awam.
  • Mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang keusahawanan  (industri kraf) serta peluang-peluang perniagaan.

CARA MEMOHON

  • Permohonan boleh dibuat secara aplikasi dalam talian melalui  laman web : Permohonan Online
  •  Sila pastikan anda mencetak borang permohonan yang telah lengkap  diisi. Borang tersebut berserta salinan keputusan peperiksaan dan maklumat lain yang berkaitan hendaklah dihantar ke alamat :

Pengarah

Institut Kraf Negara

No. 1 KM20, Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer

48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan

(u.p: Unit Hal Ehawal Pelajar)

Tel : 03-6091 5322 Faks : 03-6092 6072

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 15 MEI 2014

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Siti Soleha
Guest
3 years ago

Assalamualaikum. saya siti. Soalan saya, bilakah permohonan akan dibuka semula.

Teknik Jana Income RM 80- 500 Sehari dirumah( Maklumat Lanjut )
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x