Permohonan SM Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang berminat membuat permohonan ke Sekolah menengah Teknik atau ke Kolej Vokasional. Permohonan ke SM Teknik dan Kolej vokasional sesi 2013 telahpun dibuka mulai hari ini 24 September 2012. Permohonan boleh dibuat secara online disediakan bagi memudahkan proses permohonan.

Maklumat umum Permohonan SM Teknik dan Vokasional

KEMUDAHAN ASRAMA

Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

SYARAT MEMOHON

  1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
  2. Kesihatan
Info Tambahan :  MYSTEP 2023: Guru Ganti Selangor, Kelantan, Perak & Sarawak

i. Sihat tubuh badan

ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.

3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

Cara Membuat Permohonan

Pemohon boleh terus ke permohonan online yang disediakan iaitu di Sistem Permohonan yang disediakan atau terus ke Aplikasi permohonan/kemaskini yang disediakan.

Pemilihan permohonan juga perlu mengikut tawaran kursus mengikut lokasi yang mana jadual Senarai sekolah boleh dirujuk Disini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut boleh terus bertanya atau merujuk :

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

03-88845154

Semoga permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional anda akan diterima dan menjadi berita gembira serta masa depan yang cerah pada yang sentiasa rajin berusaha.

20 Comments

  1. syansuri
  2. Zul
  3. faris
  4. nursyafiqah
  5. nursyafiqah
  6. akmal
  7. #Ridzuan
  8. Muhd Haziq
  9. azwa
  10. fizow
  11. ana
  12. awatif
  13. anum
  14. nur nabilah
    • Muhd Haziq
  15. MOHD AZHAR RIZADMIN BIN DARLAN
    • QStaff2
  16. izzat

Leave a Reply