Permohonan SPA Bagi Lepasan SPM/ Sijil Vokasional Malaysia 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan SPA bagi lepasan SPM/ Sijil Vokasional Malaysia yang masih ramai tidak ketahui. Sebenarnya, peluang untuk anda melayakkan diri menjadi salah satu penjawat awam Malaysia. Justeru itu, anda WAJIB membaca syarat minimum kelayakan permohonan SPA bagi lepasan SPM/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ini.

“Semua orang awam LAYAK untuk menjadi penjawat awam yang penting anda lepas syarat minimum yang telah ditetapkan oleh pihak SPA”

Permohonan SPA Bagi Lepasan SPM/ Sijil Vokasional Malaysia 2022

SPA

Antara syarat minimum kelayakkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah seperti berikut:-

1) Kelayakan SPM sebagai syarat Lantikan dalam Perkhidmatan Awam

a) Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM. Setiap calon WAJIB memenuhi syarat minimum SPM seperti berikut:-

i. Dua (2) matapelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat kepujian dan Empat (4) matapelajaran di peringkat LULUS dalam satu (1) peperiksaan SPM

ATAU

ii. Dua (2) matapelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat kepujian dan Empat (4) matapelajaran lain di peringkat LULUS yang dikumpulkan dalam Dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut

Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

b) Terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan kepujian/ lulus dalam matapelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(ii) di atas.

INFO TAMBAHAN!!!

Rujuk surat pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016

2) Kelayakan SVM sebagai syarat Lantikan dalam Perkhidmatan Awam

a) Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, semua calon WAJIB memenuhi syarat minimum SVM yang telah di tetapkan oleh pihak SPA.

Antara syarat minimum tersebut adalah seperti:-

i. Matapelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat KEPUJIAN (SEKURANG-KURANGNYA gred C)

DAN

ii. Kelaykan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan awam.

b) Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk melalui laman web EZSkim dipautan https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/.

c) Pemohon yang memiliki kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dallam sistem SPA9 melalui menu “maklumat pemohon” —> “maklumat kelayakan pemohon” –> “maklumat kelayakan akademik” —> “SVM”

INFO TAMBAHAN!!!

Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 dan Laman Web EZSkim

SPA

3) Syarat kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (SEKURANG-KURANGNYA gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

NOTA PENTING!!!

  • Syarat minimum kelayakkan di atas adalah DIKECUALIKAN bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon yang telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera.
  • Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
  • Antara senarai jawatan dan gred terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera adalah seperti berikut:-
    • Pegawai Bomba gred KB19
    • Pembantu pertahanan awam gred KP19
    • Pembantu keselamatan gred KP19
    • Pembantu penguatkuasa gred KP19
Info Tambahan :  Industri Halal: 8 Universiti dan Kolej Tawaran

Senarai Jawatan di Peringkat SPM/ SVM
Antara senarai Jawatan di Peringkat SPM/ SVM yang ditawarkan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) adalah seperti berikut:-

1) Pembantu Laut A19
2) Pemeriksa kereta motor AB19
3) Pembantu makmal C19
4) Pembantu geosains C19
5) Pembantu pegawai latihan vokasional DV19
6) Pembantu pegawai latihan E19
7) Pembantu perangkaan E19
8) Juruteknik komputer FT19
9) Pembantu perikanan G19
10) Pembantu vaterinar G19
11) Pengawas hutan G19
12) Pembantu hidupan liar G19
13) Pembantu kemahiran H19
14) Pelukis pelan (seni bina) JA19
15) Pelukis pelan (kejuruteraan awam) JA19
16) Engineer jentera elektrik J19
17) Pegawai bomba KB19
18) Pegawai Imigresen KP19
19) Pembantu pendaftaran KP19
20) Pembantu pertahanan awam KP19
21) Pembantu keselamatan KP19
22) Pegawai penjara KA19

Sebenarnya banyak lagi senarai jawatan di peringkat SPM/ SVM yang ditawarkan maka untuk mendapatkan lagi maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan yang ditawarkan [KLIK DISINI]

Perjalanan kehidupan setiap orang adalah berbeza maka jangan pernah mengalah untuk melayakkan diri anda untuk mendapatkan jawatan di dalam perkhidmatan awam ini. Lakukanlah permohonan ini sekiranya anda berminat untuk salah satu jawatan yang ditawarkan oleh pihak SPA ini (https://spa9.spa.gov.my/login)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *