Permohonan SPADA USIM dan UMS 2016

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page
Semakan Tawaran Matrikulasi
Permohonan SPADA

Adakah anda minat untuk menyambung pengajian? Permohonan SPADA dibuka bagi yang layak. Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) & Diploma Pascasiswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah) adalah salah satu peluang bagi mereka yang ingin menambahbaik perkhidmatan dan menambah ilmu pengetahuan berkaitan pencegahan dadah.

Kursus Yang Ditawarkan

Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah)

Program dijalankan selama 18 bulan  sepenuh masa merangkumi 18 kursus yang mempunyai 57 jam kredit keseluruhan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan intership di institusi kerajaan atau swasta bagi mengaplikasikan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang telah dipelajari melalui kerja kursus.

Diploma Pascasiswazah dalam Penyalahgunaan Dadah

Program dijalankan selama 12 bulan sepenuh masa merangkumi 12 kursus yang mempunyai 36 jam kredit keseluruhan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan pratikum di institusi kerajaan atau swasta bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai pendidikan, pencegahan, pengurusan dan pemulihan dadah.

Baca Juga :  Intipati Bajet 2018 Warga Pendidikan

Syarat Kemasukan

Pemohonan yang berminat mesti memenuhi kriteria berikut;

  • Mempunyai ijazah pertama kaunseling / bimbingan dan kaunseling, atau ijazah pertama dalam mana-mana bidang yang sesuai.
  • Mempunyai pengalaman tiga (3) tahun dalam pengurusan, pencegahan, tawaran dan juga pemulihan dadah.
  • Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Tawaran Kementerian Pendidikan Malaysia KPM Kursus SPADA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka tawaran permohonan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM terutamanya kepada guru bimbingan dan kaunseling atau PPPS yang mempunyai pengalaman secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling untuk mengikuti Kursus Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] sesi 2016/2017

Baca Juga :  Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1 dan 4

Program SPADA/MSPADA bertujuan melahirkan guru terlatih dan berkepakaran dalam menangani masalah dalam kalangan pelajar terutamanya melibatkan penyalahgunaan dadah di sekolah. Kursus ini akan dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara sepenuh masa dan dijangka akan bermula pada 25 Ogos 2016 (USIM) dan 2 September 2016 (UMS).

Tempoh kursus di peringkat Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah adalah selama 12 bulan.  Calon-calon yang berjaya mencapai tahap prestasi yang baik pada peringkat Diploma tersebut akan ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) bagi tempoh 12 bulan lagi.

Maklumat lanjut Permohonan SPADA

Untuk membuat permohonan, anda dinasihatkan muat turun panduan dan borang ( Permohonan SPADA ) – Sumber KPM

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here