Permohonan STAM Di KISAS 2021 (STAM Tingkatan 6)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan STAM di KISAS 2021 (Sijil Tinggi Agama Malaysia Tingkatan 6) telah dibuka. Justeru itu, bagi mereka yang berminat boleh meneruskan pembacaan anda untuk ketahui lagi berkenaan dengan syarat am dan khusus permohonan.

Permohonan STAM Di KISAS 2021 (Sijil Tinggi Agama Malaysia Tingkatan 6)

Tarikh pemohonan STAM di KISAS 2021 adalah seperti berikut:-

  • Tarikh Permohonan bermula 15 Mac 2021 (Isnin)
  • Tarikh Tutup Permohonan pada 29 Mac 2021 (Isnin)
“Permohonan hanya dibuka selama 2 minggu sahaja maka diharapkan para pelajar alert akan tarikh-tarikh penting ini”

STAM

Syarat Kemasukan STAM 2021 KISAS

Syarat kemasukan ke tingkatan 6 (STAM) di sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) adalah seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia
“Mereka yang mempunyai kad pengenalan yang sah sahaja LAYAK memohon STAM 2021 KISAS ini”
  • LULUS Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Memperolehi KEPUJIAN (C) dalam Bahasa Melayu
  • Memperolehi KEPUJIAN (C) dalam Bahasa Arab Tinggi
  • LULUS dalam kedua-dua matapelajaran dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.
  • Mata pelajaran yang dimaksudkan adalah:-
    • Pendidikan Syariah Islamiah
    • Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
  • Meperoleh agregat TIDAK melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik
  • Umur TIDAK KURANG dari 17 tahun dan TIDAK MELEBIHI 20 tahun pada tahun permohonan semasa
  • Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
Info Tambahan :  Syarat Bonus Kakitangan Awam 2021 RM600

TAHUKAH ANDA!!!
Dalam pembacaan keputusan SMA mereka mempunyai 4 pangkat PENTING bagi menentukan kejayaan para pelajar. Antara pangkat yang terlibat adalah:-
I) Mumtaz (Cemerlang)
II) Jayyid Jiddan (Sangat Baik)
III) Jayyid (Baik)
IV) Maqbul (Lulus)

  • Lulus ujian khas kelayakan (temuduga)
  • Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 STAM di KISAS akan dihantar kepada pemohon menerusi email sekiranya anda berjaya

Cara Permohonan STAM 2021 KISAS

Bagi melakukan permohonan STAM 2021 KISAS anda boleh layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Bahagian Ambilan Tingkatan 6. Menerusi Laman Web Rasmi ini anda boleh mendapatkan borang permohonan untuk memohon STAM 2021 di KISAS.

ATAU

STAm

Anda boleh mengimbas QR code yang ada untuk mendapatkan borang pemohonan kemasukan STAM 2021 di KISAS ini. Pengisian borang permohonan yang lengkap hendaklah diisi SEBELUM ATAU PADA 29 Mac 2021 ke alamat

PENGARAH,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
ARAS BAWAH DAN 2,
LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: Kemajuan Sekolah Agama)

Info Tambahan :  Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

Catatan Ringkas Buat Calon yang Memohon!!!

  • SILA sertakan 1 Salinan Dokumen-dokumen Berikut Yang Telah Disahkan bersama borang permohonan. Dokumen yang disertakan adalah seperti:-
    • Keputusan SPM
    • Kad pengenalan 
    • Surat Beranak
    • Sijil-sijil kokurikulum
    • Sijil Menengah Agama (SMA)
“ Siji Menegah Agama (SMA) amat penting kerana permohonan ini khas buat mereka yang lepasa SMA SAHAJA”

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi;

  • Bahagian Pendidikan Islama di talian 03-83217 200 atau 03-83217 300
  • Bahagian Pengurusan Asrama Penuh di talian 03-83217 400
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di talian 03-33711 658 atau email di [email protected] 

JANGAN malu untuk mengajukan sebarang pertanya dengan pihak ambilan pelajar ini. Ianya bagi memastikan semua pelajar yang LAYAK memohon mendapat penempatan yang sewajarnya.

Sekiranya anda kurang berasa yakin akan cara permohonan ini anda DIGALAKKAN mengajukan soalan di talian yang disediakan sama ada menerusi email atau talian yang disediakan. 

“JANGAN malu untuk bertanya kerana ditakuti anda akan sesat jalan sekiranya tidak bertanyakan soalan”

***Diharapkan setiap perkongsian ini bergunaan buat pemohoin***

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments