Permohonan Tajaan MARA Pengajian Peringkat Sarjana, PHD

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Permohonan Tajaan MARA Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah

MARA

Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat sarjana dan PHD, bolehlah memohon tajaan daripada MARA dan permohonan telah dibuka dan ia akan berakhir dalam masa terdekat ini.

Oleh demikian pemohon yang berminat diminta mengambil tindakan segera bagi mengelakkan permohonan tidak diproses. Permohonan adalah ditujukan kepada yang berminat untuk menyambung pengajian pengajian peringkat Sarjana,  Doktor Falsafah dan  Profesional di Universiti Kuala Lumpur, Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan dan Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan (MMU, UTP dan UNITEN sahaja.)

Syarat permohonan

SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN

1.1          Bumiputera dan warganegara Malaysia.

1.2          Had umur pemohon bagi semua peringkat pengajian adalah tidak melebihi 45 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.

1.3          Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dan mempunyai keputusan penuh pengajian semasa iklan dikeluarkan, atau pemohon lepasan Diploma yang mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

1.4          Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Baca Juga :  Cara Kemaskini Pendapatan PTPTN Penangguhan Bayaran Pinjaman

1.5          Mendapat tawaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah / Profesional secara sepenuh masa dan tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Universiti Kuala Lumpur  / Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan / Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan (MMU, UTP dan UNITEN sahaja). Pemohon  perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti sekiranya diwajibkan menduduki ujian Bahasa Inggeris berkaitan seperti International English Language Testing System (IELTS) dan Test of English as a Foreign Language (TOEFL), Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT) dan sebagainya.  1.6 Mendapat pelepasan / penangguhan  kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman jika pernah  ditaja oleh MARA atau badan penaja lain untuk pengajian sebelum ini.

1.7          Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus  blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.

1.8          Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja pada peringkat pengajian yang sama atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.

1.9          Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan / perletakan jawatan secara bertulis daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.

1.10        Bagi calon di kalangan tenaga  pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah dikemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.

1.11        Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah.

1.12        Pertimbangan bantuan  pinjaman pelajaran MARA adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa berkenaan berpandukan syarat serta peraturan penajaan semasa yang ditetapkan oleh MARA.

Baca Juga :  Cara dan Borang Tangguh PTPTN Online

 Syarat Kelayakan Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya  Kredit   bagi matapelajaran Bahasa Melayu yang diambil di peringkat  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • dan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf
  • dan diterima masuk ke IPTA / IPTS yang berkenaan

KELAYAKAN KURSUS DAN TEMPOH PENAJAAN

  • Kursus yang ditaja adalah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Badan Profesional yang berkaitan.
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) atau Penyelidikan (By Research). 3.3 Tempoh penajaan bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

Ijazah Sarjana dan Profesional  1 hingga 2 tahun

Doktor Falsafah  3 hingga 4 tahun

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat melalui  http://eduloan.mara.gov.my sehingga 23 september 2011
  • Permohonan online itu perlu dicetak dan dihantar beserta borang permohonan dan dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 30 September 2011 ke alamat berikut:

Pengarah

Bahagian Penganjuran Pelajaran

Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

  • Permohonan lewat tidak dilayan
  • Sila layari laman web  www.mara.gov.my bermula 21 Oktober 2011 untuk keputusan permohonan. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 31 Oktober 2011 adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk Iklan permohonan dan berhubung terus ke Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-261 32075,    03-261 32057, 03-261  32043, 03-261 32061  dan 03-261 32073 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat [email protected]

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

4 COMMENTS

  1. Assalamualaikum..sy dalam pengajian ijazah sarjana muda di IPTA sekarang dibawah tajaan biasiswa kerajaan negeri..pertanyaan sy, jika sy ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat master kelak, bolehkah sy memohon MARA???

  2. kalau sebelum ini dah pernah amik biasiswa jpa untuk diploma dan ijazah, pastu masa master boleh x mintak mara pulak
    nnt ada masalah x di kemudian hari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here