Permohonan Tajaan Perubatan JPA ke Universiti Perdana 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi pelajar yang berminat mengikuti bidang perubatan, Universiti Perdana membuka permohonan dan JPA juga memberikan tajaan untuk kos pengajian di university tersebut. Untuk membuat permohonan, pelajar terlebih dahulu mendaftar di Universiti Perdana UP sebelum memohon di permohonan tajaan JPA .

Program Pengajian Perubatan di Universiti Perdana meliputi program Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM) (dengan kolaborasi John Hopkins University School of Medicine) dan program Perdana University – Royal College of Surgeons in Ireland (UP-RCSI) (dengan kolaborasi Royal College of Surgeons in Ireland).

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Program penajaan ini dibuka kepada:

  1. Pelajar-pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains bagi mengikuti pengajian perubatan selama 4 tahun di Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM);
  2. Pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ International Baccalaureate (IB) atau mana-mana kelayakan setara yang diterima sebagai syarat kelayakan masuk oleh Universiti Perdana bagi mengikuti pengajian perubatan selama 5 tahun di Perdana University – Royal College of Surgeons, Ireland (PU-RCSI).

Pelajar yang berminat untuk mengikuti program ini adalah dikehendaki untuk melayari laman sesawang http://www.perdanauniversity.edu.my bagi tujuan permohonan kemasukan ke Universiti Perdana terlebih dahulu sebelum memohon penajaan Biasiswa Kerajaan (JPA).

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Manakala bagi permohonan penajaan Biasiswa Kerajaan (JPA), permohonan boleh dibuat melalui portal JPA di http://www.jpa.gov.my atau eSilav2 yang dijangka akan dibuka mulai 7 hingga 17 Mei 2013.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati dengan menghubungi talian 03-8885 3436/ 3560/ 3562/ 3564/ 3892 pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *