Permohonan Tentera Darat Tugas Khusus 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda minat masuk tentera? Permohonan tentera darat untuk tugas khusus dibuka untuk permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan. Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Khas Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesiĀ  Pemilihan Akhir Khas Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang dirancang pada bulan Jan 2015. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan AsasĀ  Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Info Tambahan :  Tarikh Pembukaan Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Maklumat bidang khas permohonan Tentera Darat

Untuk pengetahuan, pemilihan adalah untuk diserap ke bahagian seperti :

  • Kor Agama angkatan tentera,
  • Kor Kesihatan Diraja dan
  • lain-lain kor/ rej.

Apa yang menarik dalam permohonan kali ini lebih mengutamakan lulusan STPM dan STAM dalam pengambilan dan pemilihan.

Pemilihan akan bermula bulan September ini mengikut negeri dan zon yang ditetapkan dalam jadual.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut syarat permohonan, criteria pemilihan dan jadual tarikh dan lokasi pemilihan bolehlah anda rujuk ke Laman rasmi Tentera darat atau boleh terus ke IKLAN PENUH yang disediakan.

Info Tambahan :  Cara Memohon PTPTN Untuk Sambung Pengajian

Jika anda berminat silalah mohon, inginkan aktiviti mencabar dan penuh dengan rasa cintakan agama, bangsa dan Negara. Selamat Berjaya.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments