Permohonan Tingkatan 1 ke Sekolah Elit dan Sekolah Primier 2013

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Info ini bagi memaklumkan permohonan ke Tingkatan 1 tahun 2013 ke sekolah elit dan sekolah Primier bagi negeri Terengganu dibuka bagi yang masih belum membuat permohonan sebelum ini. Permohonan sebenarnya adalah secara online mengikut keputusan 5A percubaan UPSR, namun demikian permohonan kini dibuka bagi memberi peluang kepada pelajar yang telah mendapat 5A UPSR sebenar walaupun percubaan tidak mendapat 5A.

“ Jabatan Pelajaran Terengganu menerima pertanyaan daripada ibubapa yang anak-anak mereka masa percubaan tidak mendapat 5A UPSR dan tidak memohon sekolah Elit atau Primier secara online namun dalam UPSR sebenar berjaya mencapai 5A dan berminat memasuki sekolah Elit dan Primier “

Sekolah berkaitan

Permohonan adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 sekolah Elit SMK Lembah Bidong dan juga SMK Mak Lagam dan sekolah-sekolah Primier.

Baca Juga :  Foto Pelajar Manja atau Pensyarah Memaksa

Cara memohon

Untuk memohon, pihat Jabatan Pelajaran Terengganu membuka ruang permohonan bagi kes diatas dengan memohon secara manual atau offline mengikut cara dan ketetapan berikut :

  1. Muaturun atau download borang DI SINI
  2. Isi dan lengkapkan borang
  3. Hantar borang yang lengkap kepada Guru Besar sekolah anak
  4. Guru Besar mengambil tindakan membuat semakan dan pengesahan
  5. Guru Besar menghantar borang ke PPD masing-masing (U.P : PP Pengurusan Sekolah) pada atau sebelum 30.11.2012
  6. PPD masing-masing rumus dan kumpulkan dan hantar ke Unit Menengah sebelum 2.12.2012

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ab. Rahim bin Sulaiman, Penyelia Kanan Unit Sekolah Menengah 09-6213033. Semoga permohonan ke sekolah elit dan Primier anak berjaya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here