Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan Satu Tahun 2012
- MRSM
Bagi pelajar tahun enam 2011 yang berminat untuk meneruskan pengajian di MRSM tahun 2012 bolehlah cuba membuat permohonan yang dibuka pada 17 November 2011 selepas keputusan UPSR diumumkan.
Mulai tahun 2012, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.
Permohonan terbahagi kepada permohonan di semenanjung dan permohonan di Sabah/ Sarawak :
Permohonan MRSM tingkatan 1 ( semenanjung Malaysia )
Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
- MRSM Program Biasa – Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
- MRSM Program Ulul Albab – Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
- MRSM Program IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
Syarat Umum Memohon MRSM ( Semenanjung Malaysia )
- Warganegara Malaysia
- Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.
- Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 12 hingga 16 Disember 2011 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.
- Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
- Bumiputera tahun enam.
- Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
Cara Memohon Melalui Online
- Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkansecara rasmi.
- Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my
- Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR
Tarikh tutup permohonan 30 November 2011
Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 5 Disember 2011.
Anda dinasihatkan supaya melihat Maklumat penuh serta iklan permohonan kemasukan ke MRSM tingkatan 1 ( semenanjung ) KLIK SINI
Permohonan MRSM tingkatan 1 ( Sabah/ Sarawak )
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2011 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2012 di Sabah dan Sarawak.
Syarat kelayakan memohon
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.
- Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak:
- Bumiputera tahun enam.
- Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
Cara memohon secara Online
- Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.
- Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat seperti yang di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Tarikh Tutup Permohonan
- Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2011.
- Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 5 Disember 2011.
Maklumat Lanjut dan Maklumat tambahan lebih terperinci
Anda digalakkan rujuk iklan penuh seperti yang disertakan dibawah :
Iklan Pemohonan MRSM tingkatan 1 2012 ( semenanjung ) KLIK SINI
Iklan Permohonan MRSM tingkatan 1 2012 ( sabah/serawak ) KLIK SINI
Diharapkan permohonan ke MRSM tingkatan 1 2012 masing-masing berjaya. Terima kasih.
Apakah itu ujian comprehension? Mohon jelaskan.
Pingback: Permohonan Tingkatan 1 MRSM 2013 ( mohon.MRSM.edu.my )
Bila kemasukan on-line ke Tingkatan Satu MRSM akan dibuka?