Permohonan Tingkatan 1 MRSM Tahun 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan Satu Tahun 2012

Permohonan Tingkatan 1 MRSM Tahun 2012 1
MRSM

Bagi pelajar tahun enam 2011 yang berminat untuk meneruskan pengajian di MRSM tahun 2012 bolehlah cuba membuat permohonan yang dibuka pada 17 November 2011 selepas keputusan UPSR diumumkan.

Mulai tahun 2012, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.

Permohonan terbahagi kepada permohonan di semenanjung dan permohonan di Sabah/ Sarawak :

Permohonan MRSM tingkatan 1 ( semenanjung Malaysia )

Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM.  Program-program tersebut adalah seperti berikut:

  1. MRSM Program Biasa – Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)
  2. MRSM Program Ulul Albab – Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  3. MRSM Program IGCSE – Program  Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.

Syarat Umum Memohon MRSM ( Semenanjung Malaysia )

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pemohon hendaklah memperoleh  keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.
  4. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 12 hingga 16 Disember 2011 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.
  5. Permohonan  ini  terbuka  kepada   pelajar   yang   bersekolah   di Semenanjung Malaysia :
  • Bumiputera tahun enam.
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan

Cara Memohon Melalui Online

  1. Pemohon boleh mendapatkan  kata laluan dengan  percuma di semua  Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula  pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkansecara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa  salinan Surat Beranak dan  salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.  Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my
  4. Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai  pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara  online untuk menduduki ujian dan temu duga.
  5. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat  di bawah:

 

(Permohonan Ke Tingkatan 1)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR

 

 

 

 

Tarikh tutup permohonan 30 November 2011

Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 5 Disember 2011.

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Anda dinasihatkan supaya melihat Maklumat penuh serta iklan permohonan kemasukan ke MRSM tingkatan 1 ( semenanjung ) KLIK SINI

 

Permohonan MRSM tingkatan 1 ( Sabah/ Sarawak )

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2011 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA tingkatan satu pada tahun 2012 di Sabah dan Sarawak.

Syarat kelayakan memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.
  3. Permohonan  ini   terbuka  kepada   pelajar   yang   bersekolah   di Sabah dan Sarawak:
  • Bumiputera tahun enam.
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan

 Cara memohon secara Online

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula  pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa  salinan Surat Beranak dan  salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.  Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat seperti yang di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 1)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah,

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR.

 Tarikh Tutup Permohonan

  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2011.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 5 Disember 2011.

 Maklumat Lanjut dan Maklumat tambahan lebih terperinci

 

Anda digalakkan rujuk iklan penuh seperti yang disertakan dibawah :

Iklan Pemohonan MRSM tingkatan 1 2012 ( semenanjung ) KLIK SINI

Iklan Permohonan MRSM tingkatan 1 2012 ( sabah/serawak ) KLIK SINI

Diharapkan permohonan ke MRSM tingkatan 1 2012 masing-masing berjaya. Terima kasih.

3 thoughts on “Permohonan Tingkatan 1 MRSM Tahun 2012

Leave a Reply to Permohonan Tingkatan 1 MRSM 2013 ( mohon.MRSM.edu.my ) Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *