Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kemasukan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA Bagi Tahun 2012 Semenanjung Malaysia

Bagi pelajar PMR 2011 yang ingin melanjutkan pelajaran ke MRSM bolehlah mula mengambil tindakan untuk memohon.

Apa itu MRSM

Secara ringkas dan mudah difahami MRSM ialah Maktab Rendah Sains MARA iaitu institusi pendidikan seperti sekolah yang mana menghimpunkan pelajar-pelajar cemerlang dan mempunyai persekitaran yang menjurus kepada kecemerlangan hingga mampu mempengaruhi cara belajar dan kemenjadian penuntutnya. MRSM ini boleh dikatakan seperti Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) yang mana SBP ini dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia berbeza dengan MRSM yang dikelola oleh MARA atau Majlis Amanah Rakyat.

Syarat Memohon

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011.
  2. Mendapat  markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).
Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 Nov hingga 2 Dis 2011.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.

NOTA: 

1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan  rendah

2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.

5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Memohon Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke  MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus  Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Cara Memohon

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di  Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 hingga 20 Oktober 2011. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2011, semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2012)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah,

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 20 Oktober 2011.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 26 Oktober 2011.
  3. Pemohon  boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012. Sekiranya  pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga  30 April 2012  permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Untuk Maklumat Lanjut

Sila layari http://www.mara.gov.my

5 thoughts on “Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2012

    1. Trima kasih..Mcm mana nak mohon edu tu? kalau tukar nama domain xpresi.edu.org ade ke org buat gitu? nanti tak error ke semua link2 yg ada? minta ajarkan..sy tak pandai sngt blog2 ni..

      1. Tak payah nak takut eror sgt. redirect btl2 set up mesti x masalah sangat bro. Tp x pastilah bro leh layak dpt or tak. Tapi edu ni untuk pelajaran mcm universiti n etc. Tp kat luar negara tgk edu pelajar U pun boleh dpt. Anyway – try la bro. Sbb benda tu sgt bernilai. Bukan senang dapat. Fizie cikgu kan? bernilai dari segi SEO dan google juga. Blog di anggap sgt penting 🙂

Leave a Reply to shah Blogger Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *