Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2013

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print
MRSM

Bagi yang beminat ke tingkatan 4 MRSM, Permohonan dibuka untuk ke MRSM tingkatan 4 untuk sesi 2013. Permohonan ke MRSM tingkatan 4 ini dibuka adalah bagi semenanjung Malaysia. MRSM merupakan sebuah institusi kendalian MARA yang mana mempunyai kelebihan tersendiri dalam mendidik serta menyediakan kemudahan yang lebih membina dalam pembelajaran berdasarkan pemilihan pelajarnya yang cemerlang.

Syarat Permohonan Online MRSM Tingkatan 4

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.

Cara Memohon dan Kata laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah,

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM ( UKKM )

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 Nov 2012.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.

NOTA:

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan  rendah
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk Ke MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2012.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.
  3. Pemohon  boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013.  Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Sumber : Iklan Permohonan MRSM Tingkatan 4  Semenanjung Malaysia

Bagi yang minat untuk memohon ke MRSM Tingkatan 4 diharapkan untuk bersabar kerana permohonan akan dibuka pada 1 Oktober 2012 melalui Portal Rasmi Majlis amanah Rakyat.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

1
Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
0 Comment authors
Permohonan MRSM Sabah/Sarawak 2013 Lepasan PMR Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
trackback

[…] Bagi lepasan PMR yang ingin ke MRSM untuk tingkatan 4 tahun 2013 bolehlah mula membuat permohonan. Permohonan MRSM untuk kali ini dikhaskan bagi kemasukan Sabah dan Sarawak ke Maktab Pendah Sains MARA ( MRSM ). Untuk Permohonan MRSM semenanjung, tarikh permohonan telah berakhir. ( RUJUK SINI ). […]