Anda gagal ditempatkan di universiti sebelum ini, dan inilah peluang permohonan UIA untuk pengambilan kedua febuari 2018. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM merupakan antara universiti antarabangsa yang terkenal yang kebanyakannya menawarkan pengajian islam. Untuk pengetahuan, UIAM membuaka permohonan ambilan kedua untuk kemasukan febuari 2018.
Peluang yang dibuka ini mungkin memberi kelebihan kepada pelajar yang masih belum mendapat tempat semasa permohonan UPU sebelum ini. Jika sebelum ini melalui permohonan UPU, pemohon perlu membeli no pin. Untuk permohonan kali ini ia percuma tetapi pemohon perlu terlebih dahulu mendaftar melalui aplikasi permohonan online yang disediakan.
Permohonan ambilan kedua ini dibuka untuk 3 peringkat pengajian iaitu :
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana
- Doktor falsafah
Syarat Umum Permohonan UIA
Sebelum membuat permohonan, sebaiknya anda meneliti dulu syarat umum dan syarat khusus permohonan
- Lulus di peringkat SPM atau bersamaan dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf
- Kredit dalam “Pendidikan Islam” / “Tasawwur Islam” / “Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah” / “Pendidikan Islam Syariah” di peringkat SPM atau setaraf
- Kredit dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran dalam SPM / setaraf
Syarat Kelayakan Lepasan Diploma
Untuk lepasan diploma atau mana-mana Kelayakan Setara yang lain dengan PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti
Syarat kelayakan Lepasan STAM
Lulus di peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
Syarat Kelayakan Lepasan STPM
Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00 atau sekurang-kurangnya: Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam Kertas Am; Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam dua [2] mata pelajaran lain yang diambil
Memiliki kelayakan “Malaysian University English Test” (MUET) mengikut syarat khas program yang dipohon DAN universiti berhak mengubah syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Syarat Kelayakan Pemohon Luar Negara
Keperluan akademik am untuk kemasukan ke program sarjana Ijazah IIUM adalah: Sekurang-kurangnya tiga (3) pas utama dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan ‘Tahap Lanjutan’ (GCE) ‘A’ Peperiksaan (Sistem Pendidikan Inggeris) yang diperolehi dalam satu persidangan
ATAU
Lulusan International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya enam (6) subjek yang diperolehi dalam satu sesi
ATAU
Mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti sebagai bersamaan dengan kelulusan di atas
Syarat Kelayakan Lulusan Asasi UIAM
Anda perlu terlebih dahulu menyemak CGPA mengikut fakulti yang dipohon ( Maklumat Lanjut )
Senarai program yang boleh dipohon
Jika anda berminat, anda perlu rujuk senarai program pengajian yang ditawarkan ( Maklumat Lanjut )
Bagaimana ingin memohon
Permohonan UIAM anda boleh terus mengisi online di Aplikasi Online yang disediakan ( Mohon ) permohonan adalah percuma dan pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.