Permohonan UITM ambilan kedua 2011 telah dibuka mulai 12 tengahhari 1 Julai, dengan itu berikut juga disertakan cara untuk memohon secara online ambilan kedua UITM. Bagi calon yang berminat untuk meneruskan pengajian di UITM boleh memohon dengan cara berikut :
- Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).
- Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 1 Julai 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari.
- Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamatwww.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.
“NOTA: Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.”