Permohonan UiTM Kemasukan 2013/2014

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

UiTM

Bagi calon berminat memasuki UiTM, sesi akademik dibuka untuk permohonan UiTM tahun 2013/2014 ini. UiTM atau Universiti Teknologi MARA merupakan salah satu institusi yang baik untuk menyambung pengajian lebih tinggi samaada mengikuti Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD. Pemohon BUMIPUTERA dan warganegara Malaysia yang layak boleh memohon dengan :

  • Pemohon dikehendaki melayari Laman Rasmi Pengambilan UiTM untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 Januari 2013 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. slip yang dibeli sebelum 14 Januari 2013 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
  • Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN/PROFESIONAL/PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.
  • Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.
  • Permohonan melalui Laman Rasmi Permohonan UiTM bermula 14 Januari 2013 (Isnin).
  • Tarikh tutup permohonan online pada 31 Mac 2013 (Ahad).

Untuk memohon perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarat permohonan adalah mengikut syarat umum dan khusus iaitu :

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat status Bumiputera
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Pertanyaan dan maklumat lanjut :

Untuk maklumat lanjut anda digalakkan untuk merujuk Iklan Penuh untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon untuk bertanyakan hal-hal berkaitan program yang ditawarkan dan pengambilan dan keputusan permohonan.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mis Titi
Mis Titi
Guest
7 years ago

sekurang-kurang 16 tahun? permohonan ni umumnya untuk siapa eh? kurang paham la… bukan untuk lepasan SPM 2012??

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x