Permohonan UMK Ambilan Kedua Kemasukan 2018

0
183

Satu permohonan UMK  iaitu Universiti Malaysia Kelantan dibuka untuk permohonan. Pengambilan kedua UMK ini adalah bagi kemasukan febuari tahun 2018 akan datang. Permohonan dibuka sebulan dan ianya melibatkan lulusan lepasan diploma/ setaraf.

Universiti Malaysia Kelantan UMK

UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.

Berpacukan konsep “Keusahawanan Teras Kami”, usaha menobatkan pendidikan keusahawanan tidak akan mantap tanpa tenaga kerja yang cekap dan berkesan. Bergerak di atas landasan kecemerlangan, universiti dipacu sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Bin Mohamed, Naib Canselor dan disokong oleh pengurusan tinggi dan kanan serta tenaga akademik yang perkasa, kini UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran.

Baca Juga :  Tarikh Permohonan IPG Perguruan PISMP 2017 / 2018

Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan – Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 27 program terkini dan relevan yang ditawarkan di lima buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa. – UMK

Permohonan UMK Ambilan Kedua

Permohonan UMK
Permohonan UMK

Sebelum permohonan, anda dinasihatkan untruk merujuk syarat memohon program atau kelayakan permohonan ( Maklumat Lanjut Syarat )

Cara Membuat Permohonan

1Muat Turun dan mengisi Borang Permohonan

Borang Permohonan

2Melengkapkan keperluan borang permohonan

-Pastikan segala keperluan yang dinyatakan dalam borang permohonan dipenuhi

3Menghantar borang melalui email ( [email protected]  ) dengan scan borang permohonan.

Baca Juga :  Permohonan Biasiswa YANG DI-PERTUAN AGONG ( BYDPA ) 2017 / 2018

4Atau Permohonan juga boleh dihantar melalui pos di alamat :

Bahagian Pentadbiran Akademik

Univerrsiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, Beg berkunci No. 01

16300 Bachok Kelantan

Tel : 09-7797023 / 7010 / 7027

Faks : 09-7797002

Pastikan anda memohon dengan kadar segera sebelum ia tamat pada 31 Disember 2017

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :