

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memohon bidang kemahiran seperti yang ditawarkan UPIM, IKM. Permohonan UPIM dan IKM dibuka melalui IPMa. IPMa atau Institusi Pendidikan MARA membuka permohonan bagi lepasan SPM yang ingin meneruskan pengajian selepas SPM mengambil kursus sijil dan diploma di institusi –institusi dibawahnya seperti :
- Kolej Profesional MARA ( KPM )
- Institut Kemahiran MARA ( IKM )
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA ( KKTM )
- Universiti Kuala Lumpur
- Kolej Poly-Tech Mara
- German Malaysia Institute
Cara membuat permohonan
Untuk membuat permohonan perlulah memohon sendiri ke institusi yang berkaitan atau menggunakan permohonan online yang disediakan IPMa. Apa yang menarik, diantara institusi dibawah iPMa tersebut menawarkan yuran pengajian percuma dan elaun sara hidup disediakan seperti dibawah Kolej Profesional MARA, IKM dan KKTM. Walaubagaimanapun pemberian kemudahan tersebut mengikut syarat yang ditetapkan Institusi.
Untuk maklumat lanjut permohonan dan kelayakan lain, anda dinasihatkan rujuk di Iklan Penuh Permohonan atau terus ke Portal Rasmi Permohonan IPMa untuk mula memohon. Permohonan telah dibuka sejak 1 Mac dan akan berakhir pada 7 April 2013.