Permohonan UPM Kampus Bintulu Sarawak UPMKB 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kampus Bintulu

Satu permohonan dibuka oleh UPM kampus Bintulu Sarawak, bagi yang berminat membuat permohonan program-program peringkat Bacelor dan Diploma yang mana pengajian diadakan sepenuhnya di Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu Sarawak.

Program yang ditawarkan

Program Peringkat Bacelor
Bacelor Sains Bioindustri

 

Program Peringkat Diploma
Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan
Diploma Kejuruteraan Pertanian
Diploma Perikanan
Diploma Pertanian
Diploma Perhutanan
Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
Diploma Perniagaantani

 

Program Peringkat Persediaan Diploma Sains
Persediaan Diploma Sains

Syarat Permohonan dan Cara Memohon

Untuk merujuk maklumat lanjut syarat permohonan dan cara memohon bolehlah mengunjungi Portal Rasmi UPM Bintulu ataupun boleh terus merujuk Syarat Permohonan ( klik sini ) yang disediakan.

Info Tambahan :  7 Sebab Mengapa Perlu Menyimpan di SSPN-i

Untuk memohon pula perlulah mengisi borang yang disediakan ( Klik Sini ) dan menghantar sekali sijil-sijil yang disahkan seperti :

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran/ Pertanian;
  • Transkrip Akademik (Diploma, Asasi, Matrikulasi)
  • Sijil MUET (Kemasukan progam Bacelor sahaja)
  • Keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Kertas Julai (Bahasa Melayu, dll) jika ada;
  • Salinan sijil beranak dan kad pengenalan calon;
  • Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga;
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk pengesahan sijil perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dan Kumpulan Pengurusan Profesional.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

Timbalan Dekan (Akademik)

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan

Universiti Putra Malaysia Kampus

Bintulu Sarawak

Peti Surat 396, Jalan Nyabau

97008 Bintulu

Sarawak

 

Info Tambahan :  Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Kolej Profesional Mara (KPM)

Tarikh tutup permohonan adalah 30 April 2013 dan keputusan kemasukan bagi semester pertama sesi 2013-2014 akan diumumkan pada bulan MEI dilaman rasmi UPM Bintulu.

Sebarang pertanyaan anda dinasihatkan merujuk laman rasmi UPM Bintulu atau hubungi Bahagian Akademik, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan di talian 086-855263.

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments