Permohonan UPU 2015/ 2016 : Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan UPU 2015/ 2016 : Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu 1

UMS Salah Sebuah IPTA Malaysia

Musim permohonan UPU 2015 akan tiba tidak lama lagi, bila bermulanya permohonan UPU nanti maka staff kami akan mula sibuk terutama bahagian pertanyaan dan komen. Setiap hari lebih dari 100-300 pertanyaan akan diutarakan melalui blog kami ini, ada kalanya kami akan menjawab dan ada kalanya kami tidak dapat membantu kerana terlalu sibuk. Oleh demikian, sebelum permohonan dibuka, kami sebarkan kepada anda antara soalan hangat yang selalu ditanya semasa permohonan dibuka nanti.

Soalan Jawapan
Bila Pembelian Unik ID? Beli dimana? Untuk membuat permohonan di sistem UPU, Terlebih dahulu anda perlu membeli no unik ID UPU yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional BSN berdekatan Anda mulai 19 januari 2015 – 6 April 2015
Dimana tempat memohon UPU? Anda boleh memohon melalui Laman web UPU http://upu.moe.gov.my/ link permohonan akan dimaklum kelak apabila dibuka nanti.
Harga Unik ID UPU Harga untuk Kategori A dan B adalah RM 15.60
Bila permohonan UPU dibuka? Dibuka secara online mulai 19 Januari 2015 jam 12 tgh sehingga 6 April 2015 jam 4 ptg
Bagaimana jika no unik ID yang dibeli salah dan tidak dapat digunakan untuk permohonan? Anda perlu menghubungi terus pihak BSN ditalian hotline BSN 1300881900 atau 0326131900 ( luar Negara )
Perlu sertakan salinan sijil bukti penglibatan kokurikulum? Tidak perlu, sebab dah diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum KPM
Saya ditawarkan pengajian yang tidak dipilih, kenapa? Sebab anda telah bersetuju menerima sebarang tawaran semasa mengisi permohonan
Boleh ke saya mohon UPU walaupun bukan pelajar SPM tahun semasa ( 2014 ) Masih boleh mohon jika lepasan SPM 2012 dan keatas, walaubagaimanapun lepasan 2011 dan kebawah boleh terus memohon ke IPTA pilihan.
Alamak, saya lupa kata laluan? Jika terlupa kata laluan, pihak BPKP( UPU ) akan ambil butiran maklumat pemohon dan seterusnya membuat semakan melalui Modul semakan data calon untuk bekalkan kata laluan, boleh cuba hubungi UPU.
Calon STAM tahun semasa akan menghadapi masalah untuk mengisi maklumat pada bhagian akademik dan keputusan STAM semasa, apa perlu buat? Buat tak tahu, sebab bagi calon kategori setaraf, anda tidak perlu mengisi maklumat bahagian akademik dan keputusan STAM kerana sistem akan membuat padanan secara automatik
Adakah calon Lepasan Matrikulasi ( Bukan Tahun Semasa ) dibolehkan membuat permohonan kemasukan ke program perubatan? Tak boleh, sebab program perubatan hanya ditawarkan pada sesi kemasukan tahun semasa Sahaja.
Saya tak tahu nak pilih kursus apa dan bagaimana mengisi borang UPU? Sila dapatkan bantuan dari kakitangan UPU melalui jelajah Jom Masuk U yang akan dibuat dalam tempoh tersebut di setiap negeri mengikut tarikh yang ditetapkan ( jadual dan tempat dibuat belum dikeluarkan, nanti kami sebarkan ) atau menghubungi kaunselor / guru bimbingan dan kaunseling disekolah masing-masing untuk dapatkan bimbingan.
Info Tambahan :  Program Transformasi Belia Ternak Permohonan Februari 2023

 

Sebenarnya banyak lagi kemuskilan yang wujud berdasarkan pertanyaan yang diajukan, namun demikian anda dinasihatkan supaya selalu merujuk kepada UPU, rakan-rakan dan guru anda untuk mendapatkan lebih informasi sehingga dapat memudahkan proses permohonan serta membuat pilihan yang tepat sesuai dengan kebolehan dan minat anda. Kami disini sentiasa doakan kegembiraan dan kecemerlangan anda.

31 Comments

  1. syi
  2. najihahdiyana
  3. Lim
  4. Teha
  5. Nurul Afifah Mukhtar
  6. siti
  7. Anonymous
  8. kamaliya
  9. TERLEWAT HNTAR SALINAN
  10. Muhammad Fikri
  11. maslin binti mohd saleh
  12. dyra
  13. dyra
  14. lacll
    • Samsol Dusif
      • kiddo
  15. Marcel
  16. Fatin
  17. Joe
  18. haziq
    • nur
      • ajie
  19. Emily Anak Jion
  20. Sopia
    • Nursyahirahissam
  21. yip weng yik
  22. hanini

Leave a Reply