Ramai yang bertanya tarikh-tarikh atau peristiwa yang perlu perhatian pelajar SPM dan STPM berkaitan permohonan UPU 2015 ini. Dibawah disediakan jadual perkara, tarikh dan untuk perhatian sebagai informasi dalam merancang permohonan masing-masing.
Perkara | Tarikh | Utk Perhatian Lepasan |
Jualan Unik ID BSN Dibuka | Mulai 19 Januari – 6 April 2015 | SPM/ STPM/ Setaraf |
Sistem Permohonan UPU Dibuka | Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang | SPM/ STPM/ Setaraf |
Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016 | Minggu pertama Mei 2015 | SPM/setaraf |
Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf | 1 hingga 6 Mei 2015 ** | STPM/setaraf |
Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015 | Minggu ke-2 Mei 2015 | SPM/setaraf |
Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 | Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 ** | SPM/Setaraf |
Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi | 3 hingga 9 Jun 2015 ** | Matrikulasi/Asasi |
Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 | Minggu ke-2 Jun 2015 | SPM/Setaraf |
Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 | 15 Jun 2015 ** | SPM/Setaraf |
Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015 | 23 Jun 2015 ** | SPM/Setaraf |
Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015 | 7 hingga 14 Julai 2015** | SPM/Setaraf |
Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 | Minggu ke-2 Ogos 2015 | STPM/Setaraf |
Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 | 1 hingga 2 September 2015 ** | STPM/Setaraf |
Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 | 6 hingga 12 September 2015 ** | STPM/Setaraf |
Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 | 17 September 2015 ** | STPM/Setaraf |
** Tarikh adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan
Maklumat Jadual diatas adalah dari sumber UPU dan pelajar diminta sentiasa bersedia menurut tarikh yang dinyatakan. Selain itu perancangan perlu dibuat dengan rapi bagi memudahkan urusan permohonan. Selamat Berjaya